Sir Bobby Charlton meninggal dunia

Sir Bobby Charlton meninggal dunia

Sir Bobby Charlton meninggal dunia
Sir Bobby Charlton pernah menjulang pelbagai trofi termasuk Liga Juara-Juara Eropah bersama Manchester United.

LONDON – Legenda bola sepak England, Sir Bobby Charlton disahkan meninggal dunia hari ini pada usia 86 tahun susulan mengalami penyakit demensia yang merupakan penyakit otak yang progresif.

Charlton yang membuat 758 penampilan kompetitif sepanjang kariernya sejak era 1950-an hingga penghujung 1970-an telah ditemani isteri dan dua orang anaknya sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak keluarga, mendiang Charlton telah meninggal dunia pada pagi Sabtu waktu tempatan.



“Dukacitanya dimaklumkan Charlton telah meninggal dunia pada awal pagi ini dan ditemani oleh keluarga terdekat.

“Pihak keluarga juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesejahteraan Charlton sebelum ini. Harap beri kami sedikit ruang privasi untuk menghadapi dugaan kali ini,” kata kenyataan tersebut.

Sebagai rekod, Charlton dianggap sebagai salah seorang pemain terbaik England sepanjang zaman apabila membantu negara itu menjuarai Piala Dunia 1966 selain dianggap legenda kelab Manchester United. – AGENSI

Sir Bobby Charlton meninggal dunia


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Benarkah BERSATU berpecah kepada 4 kem?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button