Siti Saleha tak mahu terburu-buru nikah

Siti Saleha tak mahu terburu-buru nikah

Siti Saleha tak mahu terburu-buru nikah
KUALA LUMPUR 17 OKTOBER 2023. Pelakon, Siti Saleha pada pra tonton drama bersiri Prime video Amazon Original Malaysia,That Cover Girl. NSTP/ROHANIS SHUKRI

Kuala Lumpur: Pelakon, Siti Saleha tidak mempunyai perancangan untuk bernikah dengan jejaka pilihannya, Joshua Fitton.

Saleha yang sudah hampir setahun bercinta dengan jejaka itu berkata, dia enggan terburu-buru untuk ke fasa perkahwinan.

“No ( belum ada). Saya tak mahu tergesa-gesa. Tenang-tenang saja,” katanya ketika ditemui pada sidang media siri terbaharu lakonannya, That Cover Girl yang sudah ditayangkan menerusi Prime Video Malaysia sejak 19 Oktober lalu.



Pada acara pelancaran itu, Saleha tidak hadir sendirian, sebaliknya ditemani teman lelakinya yang menghadiahkan jambangan bunga sebagai simbolik kejayaan teman wanita itu dalam drama bersiri berkenaan.

Bercerita mengenai wataknya dalam drama That Cover Girl, Saleha berkata, watak Sofi adalah tunjang utama drama itu dan sangat bertentangan dengan keperibadian sebenar dirinya dalam dunia realiti.

“Watak Sofi sangat ‘daring’. Dia main muat naik apa saja dalam media sosial tanpa berfikir.

“Tapi, kalau saya akan fikir dahulu dan tanya orang sekeliling . Fikir dua tiga kali. Bagi saya, untuk kekal relevan bukan melalui publisiti murahan seperti Sofi dalam That Cover Girl,” katanya.



Saleha bercerai dengan bekas suami, Ahmad Lutfi Azhar tahun lalu selepas empat tahun berkahwin dan tidak dikurniakan cahaya mata.

Hujung tahun lalu, Sally membuat pengakuan sedang mengenali hati budi Joshua yang juga seorang pereka fesyen tempatan.

Siti Saleha tak mahu terburu-buru nikah


 



DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Benarkah BERSATU berpecah kepada 4 kem?


 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button