Rasuah KFA: SPRM Panggil Sanusi

Rasuah KFA SPRM Panggil Sanusi

Rasuah KFA: SPRM Panggil Sanusi

Sebelum ini penulis ada mengemukakan satu persoalan dalam artikel yang bertajuk CEO KFA Berak, Tangan Sanusi Pula Yang Berbau Taik, Dah Kenapa?

Bukan apa, penulis rasa agak pelik melihat perangai Menteri Besar Kedah, Sanusi Md Nor.

Yang disiasat dan diraman adalah CEO KFA, Zulkifli Che Haron.



Tetapi yang nampak kelam kabut ayam membuat kenyataan mengecam SPRM adalah Sanusi.

Namun perkembangan terbaru siasatan, telah menjawab segala persoalan yang ada pada penulis.

SPRM akan memanggil Sanusi bagi mendapatkan penjelasan berhubung dakwaan rasuah lebih RM6 juta yang melibatkan KFA.

Perkara itu disahkan sendiri oleh Pengarah Kanan Siasatan SPRM Hishamuddin Hashim.



Siasatan dilakukan selepas SPRM menerima laporan daripada kontraktor yang dijanjikan memperoleh projek di Kedah jika menyalurkan dana ke akaun KFA.

Berdasarkan siasatan, terdapat individu penting berjawatan tinggi dalam kerajaan negeri berjanji akan memberikan projek pembinaan sebagai balasan kepada kontraktor yang menyumbang dana.

Ia sebagai balasan bagi mendapatkan projek pembinaan litar lumba dan projek mengurus, mengoperasi serta menyelenggara lima loji takungan air di Kedah.

Bagaimanapun, selepas kontraktor ini menyalurkan dana ke akaun persatuan bola sepak berkenaan, mereka tidak menerima sebarang projek seperti dijanjikan.



Kontraktor tersebut telah membuat laporan kepada SPRM selepas berasa ditipu oleh individu terbabit.

Dalam artikata lain, selepas kontraktor memasukkan wang ke dalam akaun KFA, beliau telah ditipu.

Meminta wang dengan menjanjikan imbuhan adalah satu kesalahan di bawah Akta SPRM 2009.

Patutlah Sanusi menggelabah puyoh.



Rasuah KFA: SPRM Panggil Sanusi

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading