Media tidak jujur melapor, masih mahu kait nama Najib.

Oleh Adam Malik

 

Media yang terkenal pro kepada Tun Mahathir dan Perikatan Naisonal masih berharap untuk meraih populariti dengan bergayut atas nama Najib Razak.

Dengan memberi tajuk Najib terima RM 2juta sebagai tajuk berita, maka media media ini sangat berharap pembaca tajuk dan mereka yang pemalas baca isi kandungan akan terpengaruh dengan tajuk itu.



Maka tersemat lah gambaran bahawa Najib Razak terima habuan serta ‘rasuah” untuk projek terowong yang membabitkan supremo DAP Lim Guan Eng.

Hal ini sama jugalah yang terjadi terhadap kes yang dihadapi oleh Presiden UMNO  Datuk Ahmad Zahid Hamidi yang telah digugurkan tanpa bebas dimana saksi utama dari Syarikat UKSB turut mengaku memberi sumbangan kepada Tun Mahathir diatas code nama “Kedahan” dan lain lain individu seperti Muhyiddin Yassin , Hishamuddin Hussien serta Khairy Jamaluddin.

Namun , kesemua nama tersebut selain Zahid tidak dikenakan apa apa Tindakan dan tidak pelu menjawap dimahkamah.



Pada kes terowong yang membabitkan Lim Gun Eng yang sedang berlansung ini, mungkin ramai akan terpedaya dengan tajuk tajuk media yang perlu menyebut nama Najib untuk mendapat perhatian dan ‘readership’.

Hakikatnya saksi sekadar memberi kenyataan tanpa ada pembuktian bahwa Najib terbabit pun.

Pada akhirnya saksi Zarul Ahmad Zulkifli mengaku di memberi RM2 Juta kepada orang Rapat LGE ia itu G Gnaraja sahaja dan tidak membabitkan Najib Razak pun.

Perbincangan terjadi hanya membabitkan mereka berdua sahaja berbincang bagaimana mahu menutup kes dari disiasat terus oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia hatta salah seorang memetik dan mencadangkan perguna Najib dan ganjaran RM2 juta.



Namun, semua terhenti disitu sahaja tanpa ada pembuktian Najib tahu menahu atau terbabit pun.

Dalam hantaran pada entri dilaman facebook nya seorang Ahli MKT UMNO Dr Puad Zarkashi turut menyelar dan menyindir akan perkara ini seperti dibawah :-



Maka, rumusan nya adakah media beniat jahat ?

Atau sekadar mahu ambil kesempatan atas nama Najib Razak untuk menarik pembaca untuk membaca?

Apapun , amalan jijik ini harus disekat dan dihentikan.



Rakyat sudah lama diperbodohkan dengan kisah 1MDB dengan separuh soal jawap sahaja yang dipopularkan dan jawapan tertentu tidak dihebahkan.

Zaman ini amat mudah mendapat laporan alternatif jika sebuah media tidak melaporkan , ada media lain akan melaporkan nya dan media yang tidak melaporkan akan ketinggalan dan akan dipinggirkan,.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button