Sekali Lagi Hadi Dakwa Islam Terancam

Sekali Lagi Hadi Dakwa Islam Terancam

Sekali Lagi Hadi Dakwa Islam Terancam

Ada pembca yang menghantar pesanan peribadi kepada penulis dan bertanya, kenapa sejak kebelakangan ini penulis banyak menyerang Hadi Awang.

Jawapan penulis mudah.

Penulis bukan menyerang Hadi, tetapi penulis sekadar mendedahkan beberapa penipuan bersiri Hadi untuk sama-sama kita berfikir.



Bukankah di dalam Al Quran banyak ayat-ayat Allah SWT menyuruh kita sebagai manusia berfikir.

Ucapan terbaru Hadi di dalam parlimen adalah contoh terbaru untuk kita berfikir siapa sebenarnya Hadi dan apakah matlamat perjuangan beliau sebenarnya.

Adakah benar beliau menggunakan politik untuk memartabatkan Islam di Malaysia atau beliau adalah seorang yang menggunakan Islam untuk kepentingan politik.

Ketika membahaskan Rang Undang Undang Perbekalan 2024, Hadi menuduh kerajaan gagal mempertahankan kekebalan undang-undang syariah.



Beliau juga menuduh kerajaan tidak peka dan tegas membela undang-undang syariah agar ia tidak dicabar oleh pihak tidak berkepentingan.

Hadi Ibarat Ayam Jantan Yang Sudah Hilan Taji

“Saya beri amaran kepada kerajaan PH oleh kerana ini menyentuh umat Islam, Allah dan Raja Raja”.

“Saya beri peringatan kepada kerajaan supaya mengambil perhatian dalam perkara ini”.

“Negara ini sedang dilanda kemungkaran sangat dahsyat apabila ada pihak mencabar undang undang Islam”.



“Hukum Islam memiliki imuniti dan tak boleh dicabar, sama seperti Institusi Di Raja”.

“Apatah lagi (memang) disebut dalam perlembagaan bahawa Islam adalah agama persekutuan dan berada di bawah kuasa Majlis Raja-Raja Melayu”.

“Islam kepunyaan majoriti rakyat negara ini”.

“Sekarang ini pandai-pandai cabar Islam, cabar mahkamah syariah”.



“Ini satu kerja yang orang Islam tidak boleh biarkan sekali-kali”.

“Kalau PH tidak mahu bertindak, kami (PN) akan bertindak”.

“Bagaimana kami nak bertindak, tunggu dan lihat,” katanya.

Penulis tidak pasti, sama ada Hadi sengaja mahu membuat lawak di parlimen atau mabuk bau busuk tandas Masjid Rusila belum habis lagi.



Soalan penulis kepada Hadi, pihak mana yang mencabar undang-undang syariah di Malaysia?

Bahagian mana kesucian agama Islam di ancam, siapakah yang mengancamnya dan apakah kejadian ancaman yang sudah berlaku?

Soalan terakhir penulis adalah, bukankah Hadi sendiri kini ada beberapa kes menghina Raja Raja Melayu?

Sekali Lagi Hadi Dakwa Islam Terancam

 



Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button