Kem siapa dalam BERSATU ‘pedajal’ Hamzah Zainudin?

Oleh – Amran Klebang


Kem siapa dalam BERSATU 'pedajal' Hamzah Zainudin?

Semakin panas konflik dalaman yang melanda BERSATU (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) membabitkan Setiausaha Agung parti, Dato’ Seri Hamzah Zainudin.



Baru-baru ini tular video Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution mendaftarkan perkahwinan satu pasangan secara sivil.

JPN merujuk video yang sedang tular di media sosial dan aplikasi WhatsApp ketika ini berkaitan Saifuddin Nasution sedang mendaftarkan perkahwinan sivil pasangan bukan Islam di Pejabat JPN Putrajaya sempena Majlis Sambutan Jubli Intan JPN yang diadakan pada pagi ini.

“Video terbabit adalah rakaman yang mana YB Menteri dijemput oleh JPN untuk merasmikan Majlis Sambutan Jubli Intan Jabatan pada hari ini. – Laporan 25/10/2023

Berikutan video tersebut, netizen mula mengkritik Saifuddin dan mempertikaikan bagaimana seorang Islam boleh mengahwinkan pasangan bukan Islam.



Secara tiba-tiba, klip video acara sama membabitkan Hamzah Zainudin yang pada ketika Menteri Dalam Negeri telah tersebar. Keadaan terus bertukar dan para pengkritik terdiam.

‘BUNUH DUA BURUNG DENGAN SATU BATU’

Maka, bermulalah episod ‘pedajal’ Hamzah Zainudin di dalam BERSATU. Selepas merisik dari pelbagai sudut, maklumat awal yang didapati ialah ada perancangan tertentu mereka yang mahu merebut jawatan dalam BERSATU sengaja mengeluarkan rakaman membabitkan Saifuddin.

Ini dilakukan supaya klip video Hamzah dapat disebarkan dan beliau juga akan menerima kritikan sama seperti di terima Saifuddin.

Cuma, kali ini kritikan akan datang dari dalam parti dan disusuli kritikan dari sekutu dalam Perikatan Nasional.



Paling menarik, mengapa serangan dihalakan kepada Hamzah ialah, beliau merupakan penghalang paling besar kepada yang bercita-cita mahu menjadi Ketua Penerangan BERSATU sekaligus menjadi Ketua Penerangan Perikatan Nasional.

Malah, dipercayai Hamzah juga adalah penghalang bagi kem tertentu yang sedang merancang untuk mengambilalih tampuk kepimpinan BERSATU.

Dipercayai semua perancangan ini ada kaitan dengan pembekuan akaun Hamzah dan parti. Beliau kini dianggap akan menjadi beban kepada parti jika diheret ke Mahkamah dan menjadi ‘Kluster Mahkamah’ seperti dihadapi Presiden BERSATU sendiri.

Walaupun maklumat mengenai perancangan ini boleh dipertimbangkan, tiada pendedahan mengenai siapa di belakang semua ini akan dilakukan.



Biarlah semua ini ditentukan ahli BERSATU sendiri dan mereka akan menilai siapa sebenarnya pemimpin yang akan samada membawa parti ke arah lebih baik atau membawa parti rebah.

 

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading