Subsidi ayam tamat, telur kekal bersubsidi
Oleh – Editor
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan mengambil keputusan untuk menamatkan subsidi ayam bermula 1 November 2023. Bagaimanapun, subsidi bagi telur ayam masih dikekalkan.
Menerusi satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan Kementerian terbabit, langkah menamatkan subsidi ayam bertujuan mengurangkan ketirisan subsidi yang turut dinikmati golongan berpendapatan tinggi dan warga asing.
Kerajaan meluaskan akses kepada bekalan ayam melalui Jualan Agro MADANI dan Jualan Rahmah secara berterusan di seluruh negara.