Isu telur tembelang MRSM Kuala Klawang disiasat
Oleh – Editor
Isu telur tembelang di MRSM Kuala Klawang mendapat perhatian Pengerusi MARA, Dr Asyraf Wajdi Dusuki, selepas seorang individu bernama Amira Alia Faizul,menaikmuat kisah tersebut di media sosial.
Beliau mengarahkan untuk satu siasatan dijalankan dengan segerakerana enggan berkompromi mengenai isu makanan yang dibekalkan kepada pelajar.
Menurut tulisan Amira, ini bukanlah kejadian pertama yang dihadapi pelajar MRSM Kuala Klawang kerana sebelum ini berlaku kejadian sama.
Amira turut menaikmuat beberapa keping foto termasuk hidangan yang berulat.
Beliau turut menaikmuat satu lagi hantaran di media sosial mendakwa kontraktor yang memperolehi tender membekal makanan bermasak di MRSM tersebut ada ‘kabel besar’ kerana tidak dikenakan tindakan tegas melainkan notis.