Kes Najib dicipta tergesa gesa, Pendakwa terpaksa alih tiang gol elak kekalahan

 

Oleh Adam Malik

 Apabila pihak pendakwa membuat Permohonan untuk meminda tiga pertuduhan dalam kes 1MDB yang dihadapi Datuk Seri Najib Tun Razak , amat jelas sebagai membuktikan pihak pendakwa telah tergesa gesa  membuat dakwaan terhadap  DSNR .



Jangka waktu kira-kira Kes tercipta empat bulan selepas  Pilihan Raya Umum Ke-14.

Ini jelas kes terpaksa dicipta dengan segera demi memenuhi permainan persepsi DSNR adalah pencuri wang.

Selain itu rampasan dan penceobohan terhadap rumah DSNR juga bertujuan yang sama .

Ini kerana setelah sekian lama memfitnah DSNR maka, kerja kerja untuk membuktikan kes benar ujud dilksana kan walaupun cara carca marba dan tunggang langgang.



Selain mencipta kes dengan sepantas kilat dan tergesa gesa, satu set orang orang pilihan telah  dilantik dan dipastikan untuk mengawal kes supaya skrip bersalah yang sudah siap tidak lari.

Apa yang peliknya sudah bertahun tahun kes dicipta tiba tiba pula terjumpa maklumat baru bahawa tiga pertuduhan adalah silap dan khilaf.

Dari sudut perundangan dan teknikal kes, kes sepatut diteruskan dan pihak pembela akan menang kerana petuduhan khilaf dan tidak betul.



Namun sebalik nya boleh pula pendakwa minta tunda dan minta pinda kes khilaf itu.

Lihat contoh kepada kes yang dihadapi oleh Muhyiddin Yassin, apabila terdapat kehilafan dan tidak cukup merit untuk didakwa , terus digugurkan dan bukan  minta tunda atau pinda.

Jika hendak dakwa perlu buka fresh case.

Ini antara perkara perkara yang ketara tidak ada keadilan terhadap DSNR.



Permohonan pihak pendakwaan menunjukan tindakan mereka untuk mendakwa Najib mempunyai motif jahat yang dilakukan tanpa penelitian (due diligence).

Peguam DSNR Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah  menyifatkan perbuatan meminda pertuduhan sebagai pendakwaan berniat jahat dan salah guna kuasa kerana ia dibuat pada peringkat akhir kes.

Umpama mengalihkn tiang gol disaat sepakan pnenalti.

Kes cacat sepatut digugurkan dan buka dakwaan baru. Itu sepatutnya.



“Pada 2018, pendakwaan terburu-buru mendakwa anak guam saya dan selepas lima tahun, kini mereka mahu meminda tiga pertuduhan. Ia adalah tidak adil kepada anakguam saya” kata TSSA

Maka, patut lah badan kehakiman menjadi bualan dan cemuhan rakyat dan ramai rakyat memandang serong terhadap banyak keputusan keputusan berkaitan DSNR.

Ramai juga membuat andaian badan dikawal dan dikuasai oleh individu tertentu yang sangat dibenci oleh rakyat.

Jelas kini , kes didakwa secara terburu dan tergesa gesa.



 

 

\

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button