Agrobank sedia dana RM350,000

Agrobank sedia dana RM350,000

Agrobank sedia dana RM350,000
TENGKU Ahmad Badli Shah.

AGROBANK menyediakan dana pembiayaan sehingga RM350,000 untuk penternak komuniti dan mikro, manakala dana pembiayaan sehingga RM5 juta turut disediakan buat penternak kecil dan sederhana.

Langkah berkenaan diambil selaras pendekatan penyasaran semula subsidi secara berfasa bagi penamatan subsidi dan kawalan harga ayam bermula hari ini yang diumum kerajaan melalui Kementerian Pertanian & Keterjaminan Makanan (KPKM).

Sehubungan itu, Agrobank memandang serius dalam memastikan status bekalan harga ayam di ladang berada dalam keadaan stabil dan tidak membebankan rakyat serta tidak berlaku sebarang aktiviti pencatutan di sepanjang rantaian bekalan.



Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata, Agrobank sentiasa komited untuk bekerjasama dengan KPKM dalam mencapai agenda kerajaan melalui pembiayaan modal kerja dan modal tetap kepada penternak bersaiz kecil dan sederhana serta Skim Mikro Kredit dalam bentuk pembiayaan modal pusingan buat penternak komuniti.

“Pembiayaan ini termasuk transformasi daripada reban ayam terbuka kepada reban ayam tertutup.

“Dengan margin sehingga 90 peratus bagi tempoh pembiayaan sehingga sembilan tahun, penternak komuniti dan mikro serta penternak kecil dan sederhana masing-masing bakal menikmati kadar keuntungan sehingga 3.0 peratus setahun mengikut baki bulanan,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, matlamat program ini antara lain adalah untuk meningkatkan akses bekalan ayam secara terus daripada penternak kepada pemborong dan peruncit di pasaran.



“Program ini juga membolehkan pengusaha untuk beralih kepada teknik pemeliharaan yang lebih cekap, yang mana ia secara tidak langsung dapat meningkatkan produktiviti ladang, mengurangkan kos pengeluaran dan akhirnya harga ayam yang berpatutan dapat ditawarkan kepada pasaran,” katanya.

Agrobank sedia dana RM350,000


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Gerakan jatuhkan Muhyiddin sudah bermula?

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button