Hujan lebat, angin kuat akibatkan pokok tumbang di Lebuhraya KL – Karak

Hujan lebat, angin kuat akibatkan pokok tumbang di Lebuhraya KL – Karak

Hujan lebat, angin kuat akibatkan pokok tumbang di Lebuhraya KL - Karak
Satu daripada lokasi di Lebuhraya Kuala Lumpur – Karak yang terjejas akibat kejadian pokok tumbang, petang tadi. – Foto aplikasi X @LPTTrafik

KUALA LUMPUR: Hujan lebat serta angin kuat mengakibatkan berlaku kejadian pokok tumbang di beberapa lokasi di Lebuh Raya Kuala Lumpur – Karak (KLK) hingga menghalang laluan, petang tadi.

Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 6 petang tadi membabitkan lokasi di Kilometer (KM) 44.8 arah ke Kuala Lumpur dari Bukit Tinggi ke Genting Sempah menyebabkan lorong perlahan terhalang.

Kejadian pokok tumbang turut dilaporkan berlaku di KM46.5 arah Kuantan dari Genting Sempah ke Bukit Tinggi dengan kejadian menyebabkan semua lorong terhalang.



ANIH Berhad menerusi aplikasi laman X, memaklumkan kejadian sama turut berlaku di KM51.9 arah Kuantan dari Bukit Tinggi ke Lentang yang menyebabkan lorong kecemasan dan lorong perlahan terhalang.

Selain itu, kejadian pokok tumbang turut dikesan berlaku di KM65.8 arah Kuantan (Bentong ke Karak) dengan lorong kecemasan dan lorong perlahan terhalang.

Beliau berkata, kerja-kerja pembersihan segera dilakukan oleh petugas ANIH Berhad di lokasi terjejas dan semua lorong yang terhalang sudah dibuka semula sepenuhnya kepada semua kenderaan pada jam 7 malam tadi.

Hujan lebat, angin kuat akibatkan pokok tumbang di Lebuhraya KL – Karak


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Isu telur tembelang MRSM Kuala Klawang disiasat



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button