Mahkamah Rayuan: Pertuduhan Muhyiddin Jelas Dan Di Kekalkan

Mahkamah Rayuan Pertuduhan Muhyiddin Jelas Dan Di Kekalkan

Mahkamah Rayuan: Pertuduhan Muhyiddin Jelas Dan Di Kekalkan

 

Mahkamah Rayuan memutuskan Muhyiddin Yassin tidak diperdaya dalam empat kes salah guna kuasa program Jana Wibawa.

Panel tiga hakim berpendapat, butiran penuh empat pertuduhan yang dihadapi Muhyiddin memadai untuk dia tahu apa yang dihadapinya.



Panel itu dipengerusikan hakim Hadhariah Syed Ali.

28 Feb lalu Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan dan membebaskan Muhyiddin.

Mahkamah Rayuan mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa ke atas ahli parlimen Pagoh berkenaan.

Dalam penghakiman bertulis, Hadhariah berkata, pada pendapat mereka butiran dalam setiap empat pertuduhan ke atas Muhyiddin memadai untuk memberi notis kepada responden mengenai perkara didakwa.



“Responden tidak terkeliru dalam apa cara sekalipun hanya kerana kekurangan butiran.”

“Oleh itu, tiada keperluan bagi pihak pendakwaan untuk menetapkan cara atau memberikan butiran lanjut tentang bagaimana kesalahan (yang didakwa) dilakukan.”

“Dalam hal ini, kita dapati yang arif hakim mahkamah tinggi tersilap apabila dia berpendapat pertuduhan tidak jelas dan responden diperdaya,” kata Hadhariah.

Muhyiddin juga masih menghadapi tiga pertuduhan berkaitan pengubahan wang haram yang belum selesai di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.



Mac tahun lalu di mahkamah sesyen, Muhyiddin mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan salah guna kuasa.

Dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM232.5 juta yang dikaitkan dengan Jana Wibawa.

Empat pertuduhan salah guna kuasa itu, didakwa mengikut Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009.

Muhyiddin didakwa menggunakan kedudukan sebagai perdana menteri dan Presiden Bersatu mendapatkan untuk suapan RM232.5 juta daripada tiga syarikat dan seorang individu, antara 1 Mac 2020 hingga 20 Ogos 2021.



Tiga syarikat itu ialah Bukhary Equity, Nepturis Sdn Bhd, dan Mamfor Sdn Bhd, manakala individu terbabit ialah Azman Yusoff.

Tiga pertuduhan pengubahan wang haram itu didakwa di bawah Amlatfpuaa2001, dibaca bersama Seksyen 87(1) akta sama.

Wang itu didakwa dicuci dengan menerima wang yang dimasukkan ke akaun PPBM.

 



Mahkamah Rayuan: Pertuduhan Muhyiddin Jelas Dan Di Kekalkan

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button