Lelaki ugut Menteri Pendidikan ditahan
Lelaki ugut Menteri Pendidikan ditahan

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki ditahan selepas disyaki membuat hantaran berbaur ugutan jenayah terhadap Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata pemilik akaun di aplikasi X berusia 28 tahun itu ditahan di Setapak, kelmarin.
“Permohonan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah ke atas lelaki itu dibenarkan selama tiga hari.
“Setakat ini, empat laporan polis diterima berhubung isu sama,” katanya dalam kenyataan semalam.
Mohd Shuhaily berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Katanya, kes masih di peringkat siasatan dan polis menasihati orang ramai supaya tidak membuat spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.
Orang ramai turut diingatkan supaya cakna dan prihatin terhadap isu sensitif terutama membabitkan keselamatan serta kegentaran awam ketika menggunakan media sosial.
Lelaki ugut Menteri Pendidikan ditahan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- “Kalau kamu tidak tahu , elok diam” Setempek Nazri Aziz sergah Wan Ahmad Fayshal
- Mungkinkah MyOnePAS Adalah Platfom Penggubahan Wang Haram?
- Bekas Menteri Zionis Mahu Gaza Di Lenyapkan Terus!!!
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :