Pastor kerugian RM430,000 terpedaya pelaburan saham dalam talian
Pastor kerugian RM430,000 terpedaya pelaburan saham dalam talian
Foto hiasan
MIRI: Seorang pastor kerugian RM430,000 selepas terpedaya dengan sindiket penipuan pelaburan saham dalam talian.
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri, berkata pada 19 Julai lalu mangsa berusia 40-an melayari Facebook (FB) dan tertarik dengan iklan pelaburan saham luar negara yang dimuat naik oleh pemilik akaun FB atas nama Masterpeng Fengshui.
Beliau berkata, mangsa kemudiannya dimasukkan ke dalam satu kumpulan WhatsApp menggunakan nama Gao Sheng Business School 107.
Katanya, mangsa berurusan dengan suspek wanita bernama Yuki yang akan membantu dalam pembelian saham pelaburan itu.
“Mangsa yang berminat melabur menggunakan laman sesawang di pautan https://www.kaiduoli.com dan dijanjikan pulangan awal keuntungan dalam masa seminggu sebanyak 10 peratus.
“Mangsa kemudian membuat 11 kali transaksi pindahan wang sejumlah kira-kira RM430,000 secara berperingkat kepada tiga akaun bank berbeza bermula dari awal September sehingga hujung Oktober lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Azman berkata, mangsa menyedari ditipu apabila suspek memintanya untuk membuat pembayaran tambahan sebanyak RM300,000 sedangkan dia hanya menerima pulangan keuntungan sebanyak RM3,000.
Susulan itu, mangsa tampil membuat laporan polis semalam untuk siasatan dan tindakan lanjut.
Pastor kerugian RM430,000 terpedaya pelaburan saham dalam talian
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- “Kalau kamu tidak tahu , elok diam” Setempek Nazri Aziz sergah Wan Ahmad Fayshal
- Mungkinkah MyOnePAS Adalah Platfom Penggubahan Wang Haram?
- Bekas Menteri Zionis Mahu Gaza Di Lenyapkan Terus!!!
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :