Pemandu bas parah, kenderaan rempuh penghadang jalan

Pemandu bas parah, kenderaan rempuh penghadang jalan

Pemandu bas parah, kenderaan rempuh penghadang jalan
Keadaan bas ekspres yang terbalik di KM 51, Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan jam 4.40 pagi tadi. – FOTO IHSAN BOMBA

KLUANG: Seorang pemandu bas ekspres cedera parah di tangan manakala 11 penumpang lain terselamat selepas kenderaan dinaiki terbalik di kilometer (KM) 51, Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, jam 4.40 pagi tadi.

Bagaimanapun, kemalangan tidak membabitkan kenderaan lain.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh, berkata mangsa dikenali sebagai Raju a/l A Muniandy, 45, dan ini ditempatkan di zon merah Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.



Beliau berkata, seorang penumpang dikenali sebagai Chin Wei Hong, 27, cedera di kepala dan menerima tujuh jahitan.

“Siasatan awal mendapati bas ekspres itu dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru dengan membawa 11 penumpang.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, pemandu dipercayai gagal mengawal kenderaan lalu melanggar pembahagi jalan sebelum terbalik ke sebelah kanan.

“Akibat kemalangan itu, pemandu dan seorang penumpang mengalami kecederaan manakala penumpang lain selamat,” katanya ketika dihubungi, hari ini.



Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam dibantu sebuah jentera dan EMRS dari BBP Kulai dengan kekuatan 19 anggota dihantar ke tempat kejadian.

 

Pemandu bas parah, kenderaan rempuh penghadang jalan

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Wajarkah UMNO Terima Kembali KJ

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button