Penjawat awam rugi RM206,000 diperdaya ‘phone scam’

Penjawat awam rugi RM206,000 diperdaya ‘phone scam’

Penjawat awam rugi RM206,000 diperdaya 'phone scam'
Foto hiasan

BATU PAHATt: Seorang penjawat awam wanita berputih mata apabila kerugian RM206,000 selepas diperdaya sindiket ‘phone scam’ yang menyamar sebagai pegawai polis dan wakil syarikat penghantar barang, bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah, berkata pada 5 Oktober lalu, mangsa berusia 49 tahun menerima panggilan daripada seseorang menyamar pegawai syarikat penghantar barang memaklumkan terdapat satu bungkusan atas namanya.

Beliau berkata, ‘pegawai’ terbabit kemudian memaklumkan bungkusan itu mengandungi bahan terlarang sebelum penggilan itu disambung kepada seorang pegawai dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis.



“Suspek memberitahu mangsa, bungkusan itu ada kaitan dengan kes pengubahan wang haram serta nama mangsa didapati memiliki rekod jenayah.

“Mangsa diarahkan membuat pindahan wang sebanyak RM54,000 ke dalam akaun milik individu lain bagi mengelakkan akaunnya dibekukan,” katanya dalam kenyataan.

Ismail berkata, pada masa sama, mangsa juga diarahkan menyediakan RM200,000 dalam akaun bank sebagai jaminan bagi mengelakkan dia dituduh terbabit dalam aktiviti penggubahan wang haram.

Katanya, mangsa mempercayai apa yang dikatakan suspek, sebelum menyerahkan maklumat peribadi perbankan bagi tujuan itu.

“Mangsa membuat semakan dengan pihak bank dan terkejut apabila mendapati berlaku pindahan wang sebanyak RM152,000 secara berperingkat tanpa pengetahuan mangsa.



“Berikutan itu, mangsa berasa tertipu akhirnya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat, semalam untuk tindakan lanjut,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Penjawat awam rugi RM206,000 diperdaya ‘phone scam’


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Wajarkah UMNO Terima Kembali KJ



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button