Sabri Yunus Segan Ditawar Jadi Duta Ubat Kuat
Mentang-Mentang Kami Dah Berusia Kahwin
Mentang-Mentang Kami Dah Berusia Kahwin
Rezeki datang bergolek, pasangan ‘Wedding of The Year’, Sabri Yunus dan Ardini Angeline Tan diraikan dalam majlis resepsi penuh meriah, Jumaat lalu.
Difahamkan, pasangan ini mendapat tajaan penuh untuk 7 majlis resepsi dan yang paling grand di Kelantan.
Kalau ikutkan, pelakon otai ini tak nak buat majlis resepsi disebabkan faktor umur dan kekangan duit. Tapi siapa sangka, direzekikan orang-orang baik hati yang sudi menganjurkan semuanya buat mereka.
Kami tak fikir orang tumpang kita sebenarnya. Kami hanya fikir orang meraikan untuk kita dan kita sangat menghargai dan kita rasa terharu.
Selain diraikan dalam majlis serba meriah, Sabri yang popular dengan watak Pok Ya ini rupa-rupanya pernah dilamar menjadi duta ubat kuat. Dia bagaimana pun terpaksa menolak dengan cara baik kerana berasa segan dengan masyarakat sekeliling.
Mentang-mentang kami yang dah berusia kahwin, ada pihak tawarkan produk ubat kuat dan saya tolak. Saya jawab kalau kamu ada produk yang mengurangkan saya nak. Nak tambah kuat saya tak nak.
Sabri yang sudah 16 tahun menduda berkata lagi produk sedemikian tak sesuai dengan usianya yang sudah senja.
Kredit: Harian Metro
Sabri Yunus Segan Ditawar Jadi Duta Ubat Kuat
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- “Kalau kamu tidak tahu , elok diam” Setempek Nazri Aziz sergah Wan Ahmad Fayshal
- Mungkinkah MyOnePAS Adalah Platfom Penggubahan Wang Haram?
- Bekas Menteri Zionis Mahu Gaza Di Lenyapkan Terus!!!