Polis serbu apartmen, rampas dadah RM650,000
Polis serbu apartmen, rampas dadah RM650,000

KUALA LUMPUR: Polis merampas dadah dianggarkan bernilai lebih RM650,000 dalam serbuan di sebuah apartmen di Jalan Kuchai Maju 13, Kuchai Entrepreneurs Park di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor, berkata menerusi operasi khas jam 5 petang itu, polis turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 25 tahun yang disyaki terbabit kegiatan memproses dan pengedaran dadah.
Polis merampas 8.1 kilogram (kg) dadah disyaki menthamphetamine serta 5.3kg dadah disyaki ketamin, dengan nilai keseluruhan dadah dianggarkan RM652,100 dalam serbuan itu.
“Kita turut merampas peralatan yang dipercayai digunakan suspek memproses dadah berkenaan untuk dijadikan dalam bentuk pil,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Tambah beliau, semakan mendapati suspek yang tidak bekerja itu mempunyai satu rekod jenayah lampau, manakala ujian saringan awal air kencing ke atasnya didapati negatif dadah.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Dokumen Rancangan Zionis Halau Penduduk Gaza Terbongkar
- Kisah vaksin dan perbelanjaan Ketika darurat Kerajaan Muhyiddin mula hangat Kembali.
Peguam Negara Tolak Representasi, Saudagar Minyak Masak Di Heret Ke Mahkamah
“Suspek kini direman lima hari bermula hari ini hingga 9 November ini untuk siasatan lanjut yang dijalankan mengikutSeksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Dalam pada itu, pihaknya meminta mana-mana pihak yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan dengan rampasan dadah ini untuk menyalurkan maklumat di talian 03-22979222 sambungan 553 bagi membantu siasatan.
Amihizam turut memaklumkan jumlah keseluruhan dadah yang dirampas boleh dibekalkan kepada 28,000 pengguna dadah.
Polis serbu apartmen, rampas dadah RM650,000
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- “Kalau kamu tidak tahu , elok diam” Setempek Nazri Aziz sergah Wan Ahmad Fayshal
- Mungkinkah MyOnePAS Adalah Platfom Penggubahan Wang Haram?
- Bekas Menteri Zionis Mahu Gaza Di Lenyapkan Terus!!!