Lokman Adam bebas tuduhan sebar berita warga India penyebab COVID-19
Lokman Adam bebas tuduhan sebar berita warga India penyebab COVID-19

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen hari ini melepas dan membebaskan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam, atas tuduhan menyebarkan berita palsu mengenai kemasukan warga India penyebab penyebaran COVID-19.
Sementara itu, Lokman ketika ditemui media menzahirkan rasa syukur terhadap keputusan mahkamah yang berpihak kepadanya.
“Saya bersyukur dan gembira, ini kes (pertuduhan) kedua saya dilepas dan dibebaskan,” katanya.
Pada 1 Oktober 2021, Lokman mengaku tidak bersalah atas tuduhan menyebarkan berita tidak benar melalui rakaman audio visual mengenai kemasukan warga India ke Malaysia yang menjadi penyebab penyebaran COVID-19 melalui aplikasi media sosial Facebook atas nama profil ‘Lokman Adam’.
Ia dikatakan dengan niat untuk menyebabkan kebimbangan kepada orang awam pada jam 10.55 malam, 3 Mei 2021 yang kemudian dilihat di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Tingkat 27, Menara KPJ, di sini pada jam 4.40 petang, 9 Mei tahun sama.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Gebang PAS Dalam Isu Palestin
- ‘Teori Domino’ Syed Imran
- BERSATU berantakan, Faizal Azumu pilih siapa?
Pendakwaan mengikut Seksyen 4 (1) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (No.2) 2021 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pada 23 Jun lalu, Lokman dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen atas satu lagi tuduhan menyebarkan berita palsu menerusi Facebook membabitkan kematian seorang pegawai polis susulan suntikan vaksin COVID-19, dua tahun lalu.
Hakim Nor Hasniah Ab Razak, membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh pada peringkat akhir kesnya.
Pemimpin UMNO itu berdepan pertuduhan menyebarkan berita palsu di Facebook menggunakan profil ‘Lokman Adam’ dengan niat menyebabkan kebimbangan kepada orang awam.
Ia menerusi rakaman audio visual berhubung dakwaan kematian pegawai polis dikenali Asisten Komisioner Shahriman yang juga Ketua Cawangan Khas Polis Pahang, beberapa saat selepas suntikan kedua vaksin.
Lokman Adam bebas tuduhan sebar berita warga India penyebab COVID-19
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Benarkah Ada Anak Melayu Telah Menjadi Agen MOSSAD?
- Mungkinkah Mas Ermieyati Sembunyikan Sesuatu Dalam Laporan PAC Mengenai Perolehan Covid 19?
- Mahathir Label HAMAS Sebagai Pengganas