Pembantu tadbir MINDEF didenda RM20,000 kerana guna dokumen palsu
Pembantu tadbir MINDEF didenda RM20,000 kerana guna dokumen palsu
KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen hari ini mengenakan hukuman denda RM20,000 terhadap seorang pembantu tadbir kewangan Kementerian Pertahanan (MINDEF) kerana menggunakan dokumen palsu, tahun lalu.
Hakim, Rozina Ayob, memutuskan hukuman berkenaan terhadap Norshuhada Ismail, 35, selepas ibu tiga anak itu mengaku bersalah atas tuduhan berkenaan.
“Mahkamah bagi peluang terakhir, kamu (tertuduh) sepatutnya menjadi teladan kepada anak,” katanya.
Mahkamah juga mengarahkan tertuduh dipenjara 30 hari jika gagal bayar denda berkenaan.Mengikut pertuduhan, wanita terbabit didakwa bersubahat dengan Pengurus Syarikat Mieza Jaya Global Enterprise, Nordin Yaakop, 59, sebagai ejen Kementerian Pertahanan dengan curangnya menggunakan dokumen tulen.
Ia adalah Kertas Kerja bagi Permohonan Perkhidmatan Sajian bagi Kursus Bijak Urus Wang pada 28 Februari hingga 3 Mac 2022 dan Bengkel Memperkasakan Modal Insan pada 14 hingga 17 Mac 2022 berjumlah RM15,776.
Dengan itu, tertuduh ada sebab untuk percaya menggunakan dokumen palsu dengan niat hendak memperdayakan Kementerian Pertahanan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Gebang PAS Dalam Isu Palestin
- ‘Teori Domino’ Syed Imran
- BERSATU berantakan, Faizal Azumu pilih siapa?
Zahid Beri Bayangan Sudah Sampai Masanya Najib Kembali
Kesalahan dilakukan di pejabat Pusat Tanggungjawab (PTJ) Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Markas Tentera Laut, Kementerian Pertahanan, antara Februari hingga Mac 2022 mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan (KK).
Tertuduh boleh dihukum mengikut Seksyen 465 KK yang membawa kepada hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.
Terdahulu, Norshuhada yang tidak diwakili peguam merayu tidak dipenjarakan, sebaliknya hanya dikenakan hukuman denda atas alasan perlu menanggung keluarga dan tiga anak masih bersekolah.
“Saya insaf, menyesal dan berjanji tidak akan melakukan kesalahan sama dan mohon hukuman denda antara RM20,000 hingga RM25,000,” katanya.
Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Afiqah Ab Razak, memohon hukuman setimpal terhadap tertuduh.
“Kes membabitkan penjawat awam selaku pembantu tadbir kewangan menguruskan perolehan, ia profesion mulia yang tidak seharusnya dicemari unsur jenayah.
“Penggunaan dokumen palsu menunjukkan sikap tamak tertuduh dan kes ini membabitkan kepentingan awam yang perlu diutamakan berbanding kepentingan peribadi,” katanya.
Pembantu tadbir MINDEF didenda RM20,000 kerana guna dokumen palsu
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Benarkah Ada Anak Melayu Telah Menjadi Agen MOSSAD?
- Mungkinkah Mas Ermieyati Sembunyikan Sesuatu Dalam Laporan PAC Mengenai Perolehan Covid 19?
- Mahathir Label HAMAS Sebagai Pengganas
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :