Masa depan politik Muhyiddin dan PPBM Malap , “Bossku” tempat berpaut.

 

Oleh Adam Malik

Tawar Kerjasama dengan Najib , muslihat terbaru Parti Bersatu setelah berkeadaan tersepit.

Parti BERSATU (PPBM) kini berada didalam keadaan sangat tersepit.



Perebutan kuasa ‘pending” kes Muhyiddin bakal turun naik mahkamah, akaun PPBM yang sedang dibekukan, dan beberapa pemimpin tertinggi PPBM juga berhadapan kes AMLA , rasuah dan pecah amanah yang akan dibicarakan pada awal tahun 2024 mengakibatkan PPBM tiada jalan lain selain mencari nyawa kepada pihak musuh yang pernah ditipu dan dizalimi nya.

Demi hendak menutup malu, PPBM pergunakan seorang ‘lackey’ budak hingusan untuk konon nya menyatakan dirinya mewakili penyokong Bossku dan mahu berkerjasama dengan pihak Muhyiddin Yassin.

Dengan cara begini  pihak Muhyiddin atau PPBM boleh mengelakan malu jika ditolak mentah mentah.
Namun. Sudah pasti penyokong Bossku tidak sejahil penyokong PPBM dan Muhyiddin Yassin.



Antara sebab sebab lain pihak Muhyiddin dan  PPBM mahu mendekati Najib Razak adalah kerana mengetahui PPBM tiada masa depan.

Ramai juga tidak tahu perangai buruk Parti PAS yang kini sedang dihadapi oleh PPBM.

Walaupun mereka mempamirkan watak agamawan dan watak alim tetapi mereka sangat mengegejar habuan dunia.

Baik dari segi kerusi dan jawatan DUN mereka sangat berkira untuk memberi kepada sekutu mereka seperti PPBM.



Mereka sendiri ketaigh jawatan jawatan itu.

Sambil itu , Tun Mahathir sendiri sudah selamatkan tengkok nya sendiri dengan bertenggek kepada kepimpinan PAS yang beliau cengkam melalui dana milik kroni kroni nya yang membantu PAS untuk kempen PRN.

Kini , PPBM dan Muhyiddin sangat tersepit tiada kemana hendak dituju.



Ramai yang berjawatan MP dari PPBM juga menumpang pengundi PAS kerana PPBM tiada pengundi asas atau ‘roots’

Maka, tidak pelik apabila sertelah menipu kali pertama perguna ‘lackey’ yang sama kini , PPBM prgunakan ‘lackey’ yang sama sekali lagi.

Untuk makluman, sememangnya dari maklumat yang diterima dari mereka yang rapat kepeda DSNR , semakin ramai individu cuba mendekati Najib Razak baik cara cuba berjumpa dengan nya atau dengan menyampai melalui pesanan.

Fenomena ini sangat unik.



Selain itu wakil wakil pelbagai group juga cuba mahu mendekati DSNR dengan menyampaikan pesanan.

Pada yang tahu , mereka tidak merasa hairan kerana mengetahui sesuatu  yang besar akan berlaku Pada tahun 2024.

Maka, mungkin banyak pihak sedang cuba ‘align’ pendirian dan sokongan mereka terhadap DSNR memandangkan landskap politik baru akan terbentuk sebaik sahaja DSNR bebas dari penjara.

Ketika itu semua pemimpin lain sedia ada sudah tidak dihirau oleh rakyat dan sudah dianggap menjemukan.



Rakyat Ketika itu mahu pemimpin yang ‘fresh’ dan baru.

Najib Razak , jatuh dalam kategori ini.

Maka, tidak hairan lah semua sedang cuba mendekati Najib Razak dan memetik nama Najib Razak demi ‘survival’ politik mereka seperti Muhyiddin Yassin.


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading