Liza Aziz & Ernie Zakri Mendendangkan Lagu Allahyarham Sudirman! [VIDEO]

Peminat Teruja Melihat 

Liza Aziz & Ernie Zakri Mendendangkan Lagu Allahyarham Sudirman! [VIDEO]

Liza Aziz & Ernie Zakri Mendendangkan Lagu Allahyarham Sudirman! [VIDEO]
Liza Aziz & Ernie Zakri Mendendangkan Lagu Allahyarham Sudirman! [VIDEO]
Siapa yang tidak mengenali dengan Norliza Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Liza Aziz tang merupakan seorang penyanyi di Malaysia. Beliau merupakan anak kepada seniwati Normadiah dan seniman Aziz Jaafar.

Beliau dilahirkan di Kuala Lumpur dan mempunyai seorang kakak yang bernama Azlina Aziz yang juga merupakan seorang penyanyi dan pelakon di Malaysia. Kehidupan dalam keluarga seni tidaklah suatu yang mudah apabila bakatnya diperolehi dari kedua ibu bapanya itu.

Memulakan kerjaya dalam tarian dan menyertai Normadiah Dancers, kemudian beliau menjadi penyanyi latar seniman Sudirman kemudian meneruskan kerjaya nyanyiannya dalam genre pop pada tahun 1980-an sehingga 1990-an membuatkan nama Liza Aziz dikenali ramai bukan sahaja di Malaysia malah di Singapura juga.



“Ernie Zakri Satu Pentas Bersama Dengan ‘The Legend’ Liza Aziz”

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @ellymisswriter yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan kini mendapat jumlah tontonan sebanyak 20 ribu, tanda suka sebanyak1 ribu dan hampir 50 komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Ernie Zakri yang memakai busana berwarna merah jambu, menyanyikan lagu Allahyarham Sudirman yang bertajuk ‘Terasing’  bersama dengan Liza Aziz yang memakai busana berwarna hitam.

@ellymisswriter

#terasing #lizaaziz #erniezakri #mpo



♬ original sound – Ellyna Ali – Ellyna Ali

Rata-rata netizen memuji Ernie Zakri kerana dapat menyanyi bersama penyanyi lagenda negara itu. Mereka juga memuji Liza Aziz bahawa suaranya masih lagi hebat walaupun telah berusia.

“Merinding n meremang segala bulu yang ada dengar suara Liza Aziz ni, best2 sangat”

“Padu dan mantap giler vokal Liza Aziz & Ernie, persembahan live sangat powerful. Liza Aziz ni tahap Legend dah”-kata mereka



Liza Aziz & Ernie Zakri Mendendangkan Lagu Allahyarham Sudirman! [VIDEO]
VIA TIKTOK
Apa-apa pun, penyanyi seperti mereka inilah yang menyebabkan industri muzik tanah air masih kekal relevan. Semoga kita sama-sama menyokong penyanyi baru mahupun yang lama untuk mereka terus menghasilkan karya yang berkualiti.

Liza Aziz & Ernie Zakri Mendendangkan Lagu Allahyarham Sudirman! [VIDEO]

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Syed Saddiq Cipta Sejarah Politik Dunia




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading