Hafizh Syahrin umum perjalanan karier minggu depan

Hafizh Syahrin umum perjalanan karier minggu depan

Hafizh Syahrin umum perjalanan karier minggu depan
HAFIZH SYAHRIN dijangka membentangkan perancangan kariernya pada minggu depan terutama mengenai perancangan terutama pembentukan pasukan dalam perlumbaan ARRC pada musim 2024.

PELUMBA negara, Hafizh Syahrin Abdullah mendedahkan, dia akan membentangkan perjalanan kariernya pada minggu depan terutama mengenai perancangan pembentukan pasukan dalam perlumbaan Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) pada musim 2024.

Hafizh yang mendapat tawaran menyertai JDT Racing Team ketika ini dikatakan masih mengatur perancangan terutama untuk membentuk pasukan terbaik selain sedang meneliti beberapa kerjasama dengan pengeluar jentera di Eropah untuk bersamanya.

Bagaimanapun, bekas pelumba MotoGP negara itu berkata, dia akan menyerahkan keputusan tersebut kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk memutuskannya.



“Besar tak besar kita akan umumkan apa perancangan kita pada tahun depan dan saya tahu ketika ini pihak media sedang tunggu perkembangan pasukan saya atau perkembangan antara saya dan JDT.

“Jadi sebab itu saya katakan, paling lewat saya akan bentangkan perancangan projek saya pada minggu depan. Apa pun, ketika ini saya tidak boleh katakan apa-apa kerana semuanya masih di peringkat awal.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa Agenda Sebenar MP Perikatan Nasional Menyokong Kerajaan




“Jentera mana saya akan gunakan, semua masih dalam perbincangan. Apa yang boleh saya katakan, kita telah melakukan perbincangan dengan beberapa-beberapa pengeluar.

“Kita tahu dua pengeluar sangat kompetitif terutama dari segi tawaran pakej yang mereka bagi dan sebagainya. Apa yang saya lihat, mereka semua berminat dan kita akan adakan pertemuan lagi untuk dibincangkan. Apa pun, saya serahkan kepada TMJ untuk buat keputusan,” katanya ketika ditemui pada majlis pengenalan produk RCB hari ini.

Ketika ditanya mengenai penaja-penaja lain yang turut bersamanya, Hafizh mengakui ketika ini RCB menyatakan minat untuk bersamanya terutama bagi memberi sokongan kepada pelumba tempatan.

“Saya akan bincangkan dengan RCB dan saya juga sudah terangkan projek saya, biarpun belum secara serius malah mereka berminat untuk beri sokongan terutama kepada pelumba tempatan untuk membangunkan peralatan mereka,” tambahnya. KOSMO! ONLINE



Hafizh Syahrin umum perjalanan karier minggu depan



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button