Matrade rancang anjurkan EAM



Matrade rancang anjurkan EAM

Matrade rancang anjurkan EAM
Matrade rancang anjurkan EAM

PERBADANAN Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) merancang untuk menganjurkan Misi Akselerasi Eksport (EAM) bagi mempromosi produk dan perkhidmatan berkaitan pembinaan ke Jakarta dan Ibu Kota Nusantara (IKN) dari 18 hingga 21 Disember 2023.

Pengerusi Matrade Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, dengan kerjasama daripada Kamar Dagang dan Industri Indonesia (Kadin), kejayaan misi itu dilihat dapat dipastikan.

Beliau berkata, syarikat Malaysia memiliki potensi yang besar untuk meningkatkan perdagangan dengan Indonesia menerusi aktiviti pembangunan infrastruktur terutamanya di ibu negara baharu, IKN.



“Saya mahu melihat perdagangan Malaysia-Indonesia terus diperkukuh dan diangkat ke tahap yang lebih baik.

“Saya yakin kerjasama Matrade dan Kadin yang sedia terjalin ini akan memanfaatkan lebih banyak usahawan dan perusahaan dari kedua-dua negara,” katanya dalam kenyataan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa Agenda Sebenar MP Perikatan Nasional Menyokong Kerajaan


Reezal Merican berkata, berdasarkan pengalaman dalam pengendalian pelbagai projek tempatan mahupun antarabangsa, kemahiran dan kepakaran dimiliki syarikat Malaysia dalam industri pembinaan dan kejuruteraan boleh dimanfaatkan bagi kolaborasi bersama pemain industri Indonesia.

Beliau berkata, antara projek pembangunan berpotensi diterokai bagi kerjasama adalah pembinaan, lebuh raya bertol, perkhidmatan kejuruteraan, stesen janakuasa, telekomunikasi, hospital, perkhidmatan pengangkutan dan logistik serta teknologi maklumat.



Matrade rancang anjurkan EAM


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Syed Saddiq Cipta Sejarah Politik Dunia

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker