Berdepan Tindakan Undang Undang, Siti Mastura Cuba Alih Tiang Gol

Berdepan Tindakan Undang Undang, Siti Mastura Cuba Alih Tiang Gol

Berdepan Tindakan Undang Undang, Siti Mastura Cuba Alih Tiang Gol

Sekali lagi penulis tegaskan, penulis bukan penyokong DAP atau ahli DAP.

Tujuan penulis mengupas isu Siti Mastura dalam artikel ini dan beberapa artikel sebelumnya adalah untuk mendedahkan sikap balin batu sembunyi tangan pemimpin PAS.

Penulis yakin, semua sudah sedia maklum, ahli parlimen Kepala Batas, Siti Mastura, sudah dirakam keterangan oleh PDRM berkaitan fitnah ke atas beberapa pemimpin DAP.



Selain berhadapan tuduhan di bawah Akta Hasutan kerana memainkan isu 3R, Siti Mastura juga mungkin berhadapan dengan saman fitnah.

Menurut peguam Siti Mastura, Ahmad Amzar Ahmad Azlan berkata pihak mereka menyerahkan bahan bukti kepada pihak polis.

Ianya dilakukan supaya pihak polis dapat menyiasat untuk menentukan sama ada ianya sahih atau palsu.

“Kita ada beberapa bahan rujukan yang kita kumpul dan serahkan kepada pihak polis”.



“Sama ada bahan (bukti) itu relevan atau tidak, sahih atau tidak, kita serah kepada pihak polis,” jelas Ahmad Amzar.

Ketika bercakap dengan wartawan, Siti Mastura mempersoalkan status perkembangan siasatan polis terhadap Guan Eng berhubung isu 3R.

“Saya ingin tahu apa status kes ini,” katanya.

Sebenarnya isu tersebut sudah pun selesai apabila China Press mengeluarkan penjelasan bahawa MalaysiaNow telah salah terjemah ucapan Lim Guan Eng.



Ucapan beliau merujuk kepada kes roboh sebuah kuil Hindu di Kedah pada Julai 2020.

MalaysiaNow menterjemahkannya sebagai PN akan merosakkan kuil Buddha atau kuil Cina di Pulau Pinang pada Julai lalu.

Malah hak penyiaran portal MalaysiaNow sudah pun ditarik balik oleh kerajaan.

Apa yang penulis nampak, Siti Mastura cuba mengalihkan perhatian umum kepada kes yang sudah pun selesai siasatannya.



Tujuannya tidak lain adalah untuk menimbulkan persepsi kerajaan mengamalkan sikap dwi standard atas kesalahan yang dilakukan oleh ahli politik pembangkang.

Inilah sikap sebenar pemimpin PAS, mengaitkan isu yang tidak relevan untuk menutup kesalahan sendiri.

 

Berdepan Tindakan Undang Undang, Siti Mastura Cuba Alih Tiang Gol

 



Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button