Berdepan dua serangan Israel, Ahmad kini hilang dua kaki
Berdepan dua serangan Israel, Ahmad kini hilang dua kaki
Semenanjung Gaza: Tinggal di Gaza, Ahmad Shabat yang berusia empat tahun berdepan dua serangan udara Israel, menjadi anak yatim dalam serangan pertama dan kehilangan kakinya pada serangan kedua.
Dalam serangan udara Israel ke rumah mereka di Beit Hanoun, seluruh keluarga terbunuh meninggalkan Ahmad, dan adiknya berusia dua tahun, kata bapa saudaranya Abu Amsha.
Serangan itu mengorbankan 17 ahli keluarga mereka, letupan pertama menyebabkan Ahmad terpelanting beberapa meter jauhnya.
Bapa saudaranya membawanya tinggal bersama di kem Nuseirat, ketika serangan udara kedua berlaku, di mana Ahmad cedera parah dan doktor terpaksa memotong kedua-dua kakinya.
Memandangkan hospital kekurangan bekalan dan kakitangan perubatan, Ahmad dirujuk ke hospital Shuhada al-Aqsa di Deir al-Balah, tetapi terpaksa dibedah di bilik bersalin kerana kekurangan bilik pembedahan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Benarkah Syed Saddiq Menjadi Mangsa Kezaliman Politik Dendam
- Mampukah PPBM Bertahan Sehingga PRU 16?
- Siti Mastura Adalah Contoh Manusia Bijak Tanpa Akal
Pemimpin PAS Terus Menunggang Isu Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan Untuk Kekalkan Populariti
Selepas serangan pada 7 Oktober, Israel berikrar untuk menghapuskan Hamas, dengan pengeboman hebat ke atas kawasan yang sesak, dan mengenakan pengepungan total di jalur itu.
Pegawai perubatan di Gaza berkata lebih 11,000 orang disahkan maut akibat serangan Israel, kira-kira 40 peratus daripadanya kanak-kanak, dan ramai lagi yang terperangkap di bawah runtuhan.
Kira-kira dua pertiga daripada 2.3 juta penduduk Gaza telah kehilangan tempat tinggal, tidak dapat melarikan diri dari wilayah di mana bekalan makanan, bahan api, air dan perubatan kini kehabisan.
Berdepan dua serangan Israel, Ahmad kini hilang dua kaki
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sikap Pemimpin Liga Arab – Islam Mengecewakan Dunia Islam
- Berdepan Tindakan Undang Undang, Siti Mastura Cuba Alih Tiang Gol
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :