Shafee Abdullah layak diangkat sebagai Presiden Majlis Peguam

 

Oleh – Editor


Shafee Abdullah selayaknya diangkat sebagai Presiden Majlis Peguam


Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah melakukan ‘comeback’ – selepas 15 tahun – sebagai calon Presiden bagi Pemilihan Majlis Peguam yang akan datang. Kali ini beliau kembali dengan menyatakan komitmennya untuk memartabatkan institusi keadilan dan integriti undang-undang.

Bagi yang berada di dalam komuniti perundangan (legal fraternity), ketokohan beliau sebagai peguam tidak perlu diceritakan, apatah lagi untuk dinafikan. Pengalaman luasnya dalam bidang perundangan sebenarnya bukan sahaja telah meletakkan diri beliau sebagai seorang figura guaman yang disegani, malah beliau merupakan benteng paling hadapan dalam bidang advokasi undang-undang di Malaysia.



Shafee Abdullah selayaknya diangkat sebagai Presiden Majlis Peguam
Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah

Di pentas global, Tan Sri Shafee dikenali menerusi penglibatannya dalam isu-isu hak asasi manusia, yang pastinya memberikan nilai tambah kepada Majlis Peguam dalam menjadi sebuah badan guaman yang dihormati di peringkat antarabangsa.

Penglibatan beliau di dalam kes yang berprofil tinggi seperti SRC International, 1MDB, pembunuhan CEO Cradle Fund, dan pembunuhan Altantuya Shaariibuu, membuktikan kredibiliti beliau sebagai seorang peguam yang amat prominen dan dipercayai.

Shafee Abdullah selayaknya diangkat sebagai Presiden Majlis Peguam

Malah, Tan Sri Shafee juga bukanlah merupakan orang asing kepada Majlis Peguam, memandangkan beliau pernah memegang jawatan di Majlis Peguam selama 2 penggal. ‘Manifesto’ utamanya adalah untuk melihat Majlis Peguam sebagai sebuah badan yang benar-benar membantu ahlinya untuk berkembang sebagai seorang peguam, kerana menurutnya, kepimpinan sedia ada lebih mengutamakan disiplin yang rigid, sehingga menjadikan Majlis Peguam tak ubah seperti Badan Disiplin yang menakutkan.

MAJLIS PEGUAM WAJAR LEBIH MESRA RAKYAT DAN ADIL



Bagi beliau, Majlis Peguam perlu menjadi sebuah Badan yang lebih mesra kepada peguam, serta mempunyai karakter lebih ‘people centric’, agar lebih banyak bantuan kepakaran perundangan dapat diberikan kepada masyarakat. Ini menjadikan Majlis Peguam sebagai ‘jurutera sosial’, dalam memastikan keputusan perundangan selari dengan kepentingan masyarakat yang meluas.

Bersempena pemilihan mendatang, ahli-ahli Majlis Peguam perlu bijak memilih ketuanya. Rakyat akan menilai pemilihan ini sebagai sebuah manifestasi Majlis Peguam untuk berubah ke arah yang lebih baik.

Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah bukan sekadar seorang calon Presiden, tetapi sebagai lambang kecemerlangan undang-undang dan komitmen yang teguh terhadap keadilan.

Undilah pengalaman, kepakaran, integriti, dan visi untuk masa depan undang-undang yang kukuh.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button