Perebutan antara ‘Kartel’ bermula dalam BERSATU?

Oleh – Bakhtiar Omar


Perebutan antara 'Kartel' bermula dalam BERSATU?

Spekulasi panas melanda BERSATU perebutan antara ‘kartel’ bermula sebaik sahaja Presiden BERSATU mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatannya.



Tan Sri Muhyiddin Yassin menggemparkan para perwakilan apabila menyatakan hasrat tidak akan meneruskan jawatannya dalam pemilihan parti.

Seperti jangkaan, ‘kartel’ dalam BERSATU sememangnya menantikan pengumuman tersebut kerana akan memudahkan lagi perancangan untuk menguasai para perwakilan.

Menurut sumber dalaman BERSATU, ada sekurangnya 3 ‘kartel’ sudah bersedia untuk mengambil-alih jawatan Presiden BERSATU selepas Muhyiddin.

Sumber dalaman menyatakan kewujudan ‘kartel’ tersebut adalah inisiatif penyokong Faizal Azumu (Timbalan Presiden), Hamzah Zainudin (Setiausaha Agung) dan Azmin Ali (Ahli Majlis Tertinggi).



Perebutan antara 'Kartel' bermula dalam BERSATU?

Masing-masing mempunyai kekuatan tersendiri dalam BERSATU namun bagi menguji kekuatan, pemilihan Presiden menjadi pilihan. Menang jawatan Presiden, maka mudahlah untuk membawa haluan parti samada bekerjasama dengan parti lain atau terus bersama PAS dan Gerakan dalam Perikatan Nasional.

Seperti yang dizahirkan baru-baru ini, terdapat perselisihan pandangan oleh Muhyiddin mengenai PAS yang dianggap sudah tepu. Hanya dengan bersama BERSATU di bawah lambang Perikatan Nasional barulah PAS mendapat sokongan luarbiasa dalam PRU15 dan PRN 2023.

PAS pula menyangkal pandangan tersebut dan ini membibitkan rasa tidak puashati kalangan penyokong BERSATU yang menganggap PAS sewajarnya berterimakasih kepada BERSATU.



Bak pepatah Inggeris “action speaks louder”, PAS tidak menoleh ke belakang apabila tidak memberi keistimewaan kepada BERSATU dalam pentadbiran 4 negeri yang dikuasai PAS sepenuhnya.

TIADA NEGERI DIKUASAI BERSATU, MUHYIDDIN DIANGGAP PRESIDEN LEMAH

Perebutan antara 'Kartel' bermula dalam BERSATU?

Apabila berlaku perkara tersebut, Muhyiddin sudah dianggap sebagai Presiden yang lemah kerana BERSATU tidak berjaya menguasai sebuah negeri berbanding PAS. 

Ini antara penyebab wujudnya ‘kartel’ yang mahu menghantar isyarat kepada PAS bahawa BERSATU adalah ‘Abang Besar’ dalam Perikatan Nasional. Maka PAS perlu menghormati BERSATU dengan menawarkan jawatan yang lebih baik kepada wakil BERSATU dalam pentadbiran 4 negeri.



Kini, terpulang kepada perwakilan siapa yang akan mereka pilih untuk menjadi Presiden BERSATU selepas Muhyiddin.

Biarpun satu kenyataan oleh BERSATU dikeluarkan menolak cadangan Muhyiddin tidak mempertahankan jawatan, ianya dilihat tidak lebih dari ‘drama’ jam 7 petang untuk hidangan penonton.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button