Bangunan asrama, dewan makan SK Kuala Abai musnah terbakar

Bangunan asrama, dewan makan SK Kuala Abai musnah terbakar

Bangunan asrama, dewan makan SK Kuala Abai musnah terbakar
Anggota bomba memadam kebakaran membabitkan bangunan asrama dan dewan makan SK Kuala Abai, Kota Belud. – Foto ihsan bomba

KOTA BELUD: Bangunan asrama dan dewan makan Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Abai, di sini, musnah dalam kejadian kebakaran, petang tadi.

Bagaimanapun, tiada mangsa dilaporkan terbabit dalam kebakaran itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud, Mohammad Syazwan Latun, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 6.18 petang sebelum sepasukan 10 anggota bersama jentera dan van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi.



“Sejurus tiba di lokasi, didapati kebakaran membabitkan bangunan asrama dua tingkat dan dewan makan sekolah berkenaan.

“Anggota bomba kemudian menjalankan operasi pemadaman menggunakan satu aliran dengan dua pancutan daripada sumber air terbuka,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, kebakaran membabitkan bangunan asrama sekolah dua tingkat dan dewan makan sekolah berkenaan yang terbakar sepenuhnya.

“Operasi terkawal pada jam 8.18 malam. Ketika kejadian warden asrama bersama keluarganya sempat keluar menyelamatkan diri. Punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya.




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Samsuri akan lepaskan jawatan Menteri Besar Terengganu?

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker