Kilang kayu terbakar bersama letupan bunga api

Kilang kayu terbakar bersama letupan bunga api

Kilang kayu terbakar bersama letupan bunga api
Letupan yang berlaku akibat kebakaran sebuah kilang kayu di Bukit Selambau malam ini. – Foto BOMBA

SUNGAI PETANI: Sebuah kilang kayu di Bukit Selambau, di sini dilaporkan terbakar hari ini, disusuli dengan letupan bunga api.

Video berhubung kebakaran membabitkan kilang itu turut ditular di media sosial ketika ini sehingga mengakibatkan letupan (bunga api) berlaku.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Aman Jaya, Penolong Penguasa Bomba Azhari Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran itu pada jam 7.57 malam tadi.



“Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah menerima panggilan kecemasan dari talian MERS 999 memaklumkan panggilan kecemasan kebakaran kilang.

“Setibanya di lokasi, Pasukan Keluaran Operasi (PGO) melaporkan terdapat sebuah kilang terbakar dan berlaku letupan bunga api di kawasan kebakaran yang berkeluasan anggaran 300 meter X 200 meter,” katanya di sini hari ini.

Azhari berkata, operasi pemadaman sedang dilakukan ketika ini dan maklumat lanjut akan menyusul.

Kilang kayu terbakar bersama letupan bunga api


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Pengampunan Najib: Siapa Tipu Siapa?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker