Bekas pegawai Ahli Parlimen Merbok didenda RM45,000 buat tuntutan palsu

Oleh – Syeikh Baran


Bekas pegawai Ahli Parlimen Merbok didenda RM45,000 buat tuntutan palsu
Mohamad Khalid dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Alor Setar, hari ini atas pertuduhan tuntutan palsu. – Foto SHAHIR NOORDIN/KOSMO!

Seorang lelaki yang pernah berkhidmat dengan bekas Ahli Parlimen Merbok didenda RM45,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan membuat tuntutan palsu bagi projek baik pulih rumah pada 2020.

Tertuduh, Mohamad Khalid Abdul Hamid, 46, dijatuhi hukuman itu selepas mengaku bersalah atas semua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim N. Priscilla Hemamalini.



Dia didakwa melakukan kesalahan itu ketika bertugas sebagai Pegawai Tugas-Tugas Khas Ahli Parlimen Merbok.

Mohamad Khalid didakwa menggunakan dokumen palsu atas nama syarikat Zaifol Azri Abu Seman bagi membuat tiga tuntutan berjumlah RM29,500 untuk kerja baik pulih rumah penduduk yang rosak akibat bencana dalam Parlimen Merbok.

Kesalahan dilakukan di pejabat Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Merbok pada 20 Januari 2020.

Oleh itu, dia didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.



Mohamad Khalid dalam rayuannya memohon mahkamah menjatuhkan hukuman minimum kerana ia merupakan kesalahan pertamanya. Dia bekerja sebagai penjaga stor dengan pendapatan RM2,500 sebulan.

Tertuduh memaklumkan dia menanggung ibu berusia 74 tahun dan tiga anak saudara yang kematian bapa mereka.

Bagaimanapun, pihak pendakwaan meminta hukuman maksimum berikutan kes itu melibatkan kepentingan awam dan bantuan kepada rakyat yang terjejas akibat bencana ribut.

Sumber – KOSMO! ONLINE.




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading