1MDB Tanore, perbicaraan tangguh, saksi kena covid
Oleh – Editor
Perbicaraan kes 1MDB Tanore hari ini ditangguhkan selepas saksi yang sepatutnya memberi keterangan dijangkiti covid.
Mahkamah dimaklumkan demikian oleh Pendakwaraya selepas sesi soal jawap terhadap ACP Foo Wei Min.
ACP Foo dalam pada itu memberitahu Mahkamah, beliau tidak dapat memberi tarikh tepat bila kertas siasatan berkaitan kes diserahkan kepadanya.
Menjawap soalan Pendakwa, Foo juga memaklumkan selepas diberikan kertas siasatan oleh 2 agensi, beliau mendapati hasil siasatan adalah sama.
Dalam pada itu, Foo juga memberitahu Mahkamah ada surat arahan bertulis daripada Dato Sri Najib Razak yang memberi kuasa untuk mengurus tadbir akaun beliau kepada Nik Faisal.
Perbicaraan akan disambung Isnin depan.