Padah cuba swafoto dengan singa
Padah cuba swafoto dengan singa

Islamabad: Lelaki berusia 20 tahun di wilayah Punjab, Pakistan, parah diserang seekor singa ketika cuba berswafoto dengan haiwan itu.
Insiden itu berlaku di pameran anjuran Pihak Berkuasa Taman dan Hortikultur (PHA) kerajaan di bandar Sargodha, kira-kira 200 kilometer (km) dari Lahore, Selasa lalu.
Polis berkata, lengan lelaki dikenali sebagai Muhammad Amin itu dicengkam dan dicakar singa apabila dia menghampiri sangkar haiwan itu.
Akibatnya, Muhammad parah dan lelaki itu dikejarkan ke hospital.
Selepas insiden itu, pentadbiran tempatan membatalkan pameran itu.
Insiden ini berlaku seminggu selepas empat singa menyerang seorang lelaki di Zoo Safari di Bahawalpur, lebih 400 km dari Lahore.
Kakitangan zoo itu menemukan mayat lelaki ketika dia pergi memberi makan kepada haiwan itu.
Polis berkata, lelaki itu adalah seorang penagih dadah yang menyelinap masuk ke sangkar singa tanpa dikesan pegawai zoo.
Padah cuba swafoto dengan singa
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perlukah Perlembagaan Di Pinda Untuk Memastikan Hanya Melayu Jadi PM
- 1MDB Tanore, perbicaraan tangguh, saksi kena covid
- Nasib UMNO Dalam Rombakan Kabinet
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :