Selamat Datang Ke Kluster Mahkamah Buat Siti Mastura

Selamat Datang Ke Kluster Mahkamah Buat Siti Mastura

Selamat Datang Ke Kluster Mahkamah Buat Siti Mastura

Seperti kata pepatah, kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.

Itulah yang sedang dihadapi oleh ahli parlimen Kepala Batas dari PAS, Siti Mastura.

Akibat keceluparan mulut beliau menabur fitnah dan membuat tuduhan tanpa asas yang tidak disemak fakta, kini beliau secara sah telah menempatkan diri dalam kluster mahkamah.



Mahkamah Tinggi di Georgetown memerintahkan beliau menjawab tuntutan saman tiga pemimpin DAP terhadapnya.

3 orang pemimpin DAP tersebut adalah Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Teresa Kok.

Mahkamah memerintahkan beliau untuk berbuat demikian sebelum atau pada 11 Januari tahun depan.

S N Nair yang mewakili ketiga-tiga plaintif memaklumkan Penolong Kanan Pendaftar, Tunku Intan Nadiah memerintahkan sedemikian pada prosiding pengurusan kes secara e-review.



Mahkamah turut mengarahkan anak guamnya memfailkan jawapan kepada pembelaan itu sebelum atau pada 26 Januari tahun depan.

Mahkamah juga kemudiannya telah menetapkan pengurusan kes lanjut bermula pada 9 Februari tahun depan.

Ketiga-tiga plaintif itu turut diwakili peguam, Jaden Phoon Wai Ken dan Wong Guo Jin.

Manakala peguam, Mohamad Hakim Faharmi Hassan, mewakili Siti Mastura selaku defendan.



Plaintif mendakwa bahawa dalam ceramah pada 4 November lalu, defendan membuat beberapa kenyataan yang merujuk secara langsung dan tidak langsung kepada mereka.

Defendan mendakwa mereka mempunyai hubungan dengan PKM, menyokong dan mengamal serta menyebarkan ideologi dan falsafah komunisme dalam negara.

Ketiga-tiga ahli politik itu mendakwa bahawa dakwaan defendan adalah tidak berasas, palsu dan berniat jahat.

Ia juga dilihat degan sengaja mengaitkan mereka dengan PKM serta Chin Peng.



Tindakan defendan jelas sekali didorong tipu muslihat untuk mendapatkan publisiti bagi menaikkan imej parti politik defendan.

Mereka menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan serta perintah injunksi untuk menghalang defendan daripada terus menerbitkan kenyataan sama.

Selamat Datang Ke Kluster Mahkamah Buat Siti Mastura

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button