Tok Mat Hasan Tukar Kementerian, Orang Lain Kepanasan

Tok Mat Hasan Tukar Kementerian, Orang Lain Kepanasan

Tok Mat Hasan Tukar Kementerian, Orang Lain Kepanasan

Ada pihak di luar UMNO yang masih lagi gigih cuba memainkan isu Timblalan Presiden UMNO, DSU Mohamad Hasan (Tok Mat Hasan), bertukar kementerian.

Naratif yang cuba mereka tanamkan ialah pertukaran potfolio Tok Mat Hasan adalah perancangan Presiden UMNO, DS Zahid, untuk melemahkan pengaruh Tok Mat Hasan dalam UMNO.

Secara jujur penulis katakan, penulis tidak hairan dengan permainan musuh UMNO tersebut.



Sudah pasti mereka akan cuba memutarbelitkan apa juga isu untuk menimbulkan ketegangan hubungan antara kedua-dua pemimpin tertinggi UMNO itu.

Tetapi penulis rasa sangat pelik apabila ada di kalangan ahli dan pemimpin UMNO yang termakan hasutan tersebut.

Kenapa tidak dipandang sesuatu yang berlaku itu dengan pandangan positif?

Tok Mat Hasan sudah melaksanakan tugas sebagai Menteri Pertahanan dengan begitu cemerlang, itu tidak dapat dinafikan.



Kini beliau diperlukan di Wisma Putra kerana hubungan antarabangsa kini telah memasuki dimensi baharu dengan cabaran baharu.

Peperangan antara Rusia dan Ukraine yang masih berlarutan, peperangan HAMAS dengan Zionis Yahudi memerlukan seorang ‘duta’ dan jurucakap negara yang bijak dan berpegaruh.

Krisis ekonomi yang sedang melanda dunia dan penularan semula wabak Covid-19 memerlukan seorang ‘duta’ yang berpengalaman dalam ekonomi.

Bukan menafikan kredibiliti Dr Zambry.



Tetapi Tok Mat Hasan dilihat memiliki semua kualiti yang diperlukan untuk membantu hubungan luar dan ekonomi negara.

Kita juga sedia maklum, Anwar Ibrahim, sering melakukan lawatan ke luar negara untuk menarik pelaburan.

Bukankah ini memberikan peluang kepada Tok Mat Hasan untuk lebih dekat dan mesra dengan perdana menteri.

Hubungan yang baik dan akrab antara Tok Mat Hasan dengan Anwar Ibrahim pasti akan menguntungkan UMNO.



Jadi, usah bazirkan masa dengan membahaskan isu yang terus dimainkan oleh musuh UMNO.

Tok Mat Hasan Tukar Kementerian, Orang Lain Kepanasan

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button