6 tahun jadi mangsa rogol bapa tiri, remaja beranikan diri lapor polis
6 tahun jadi mangsa rogol bapa tiri, remaja beranikan diri lapor polis
ISKANDAR PUTERI: Seorang remaja perempuan akhirnya memberanikan diri membuat laporan polis, mendakwa menjadi mangsa rogol bapa tirinya selama enam tahun, sejak usianya 12 tahun.
Laporan dibuat remaja berusia 18 tahun itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri pada 24 November lalu. Susulan itu, polis menahan seorang lelaki berusia 54 tahun.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin, berkata mangsa mendakwa kali terakhir dirogol pada Ogos lalu di rumah mereka di sini.
“Mangsa mendakwa dirogol suspek sejak dia berusia 12 tahun di beberapa lokasi sekitar Johor Bahru dan Horizon Hills.
“Dia hanya membuat laporan di IPD Iskandar Puteri pada 24 November lalu dan suspek ditahan ketika menyerah diri di IPD Iskandar Puteri,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.
Menurut Rahmat, suspek sudah dituduh di mahkamah semalam mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan, tetapi mengaku tidak bersalah dan ditawarkan jaminan RM15,000.
6 tahun jadi mangsa rogol bapa tiri, remaja beranikan diri lapor polis
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Selepas Lim Kit Siang Dan Tan Kok Wai, Tony Pua Pula Serang Kerajaan Perpaduan
- Sejarawan Yahudi Akui Kini Israel Berada Di Permulaan Pengakhiran
- Jaga Jaga Tun M, 2023 Dah Nak Habis