Dakwaan kerajaan bertukar, bila acara ‘angkat sumpah’ diadakan?
Oleh – Bakhtiar Omar
Pelbagai spekulasi berkaitan kerajaan heboh dalam media sosial. Ia termasuk dakwaan kerajaan bertukar dan pertanyaan menyindir mengenai acara ‘angkat sumpah’ oleh netizen.
Menurut dakwaan seorang individu, semalam adalah tarikh bertukarnya kerajaan namun sehingga hari ini masih tiada apa yang berlaku.
Beliau seringkali mengingatkan para pengikutnya dalam salah satu saluran media sosial miliknya, semalam, 22 Disember 2023, kerajaan perpaduan akan digantikan dengan kerajaan lain.
Bagaimanapun, sejak semalam, individu tersebut tidak membuat siaran langsung di saluran media sosialnya sepertimana lazim.
Dikatakan tindakan individu tersebut yang berdiam diri adalah untuk mencari alasan mengapa kerajaan masih belum bertukar mengikut dakwaannya.
Para penyokong dan pengikut individu tersebut sebenarnya telah berjaya ‘dibodohkan’ dengan propaganda yang tidak ada nilai.
Walaupun dalam Kerajaan Perpaduan berlaku kontroversi membabitkan seorang bekas pemimpin veteran DAP, ia tidak menjejaskan kerjasama antara parti dalam Kerajaan.
Namun demikian, sebarang kontroversi yang timbul perlu diambil kira sebagai rancangan yang boleh merosakkan kerjasama antara parti politik dalam kerajaan dan ia perlu ditangani dengan segera.
ISU ‘PERUT RAKYAT’ PERLU DIBERIKAN PERHATIAN OLEH KERAJAAN PERPADUAN
Kerajaan Perpaduan juga perlu mengakui kelemahan dalam pentadbiran mengurus semula ekonomi negara serta menumpukan isu-isu yang membabitkan ‘perut rakyat’.
Pihak lawan menggunakan isu ‘perut rakyat’ sebagai senjata utama mereka bagi menumbangkan kerajaan serta membangkitkan rasa tidak puashati rakyat terhadap kerajaan.
Tidak mustahil kerajaan boleh tumbang sekiranya masih enggan memperbaiki kelemahan namun diharapkan bukanlah dalam tempoh terdekat kerana ekonomi masih belum stabil.
SAMPAI BILA MAHU MENIPU RAKYAT DENGAN CERITA KERAJAAN TUMBANG, BERTUKAR?
Individu yang seringkali membuat kenyataan kontroversi mengenai pertukaran kerajaan perlu sedar beliau dinilai oleh ramai pihak.
Kegagalan beliau dalam ramalan kejatuhan kerajaan sebenarnya akan lebih membongkar pembohongannya serta kebodohan beliau dalam propaganda politik.
Sememangnya beliau bukanlah seorang yang hebat dalam politik melainkan sekadar ‘anjing belaan’ pihak tertentu yang akan menyalak jika diarahkan tuannya.
Sekiranya masih mahu menipu rakyat, dipersilakan cuma ciptalah naratif baru yang lebih segar suapaya pengikut serta penyokong tidak kelihatan sama bodoh.