Ranking Harimau Malaya melonjak 15 anak tangga pada 2023
Ranking Harimau Malaya melonjak 15 anak tangga pada 2023
PETALING JAYA – Prestasi konsisten menyaksikan ranking Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) skuad Harimau Malaya antara yang paling meningkat sepanjang tahun ini.
Berdasarkan ranking Disember dikeluarkan FIFA semalam, ranking skuad kebangsaan melonjak 15 anak tangga berbanding awal tahun ini untuk berada di kedudukan ke-130 dengan mengumpul 1,122.87 mata.
Peningkatan prestasi pasukan Kim Pan-gon itu menyaksikan Malaysia menjadi negara ketiga terbaik daripada aspek peningkatan ranking pada tahun 2023.
Panama melonjak dengan ketara dengan meningkat 20 anak tangga untuk berada pada kedudukan ke-41 manakala Moldova yang naik 19 anak tangga untuk berada di tempat ke-155.
Ranking Harimau Malaya dijangka akan kembali berubah apabila bersaing pada Piala Asia 2023 di Qatar bulan depan.
Skuad negara dijadualkan bertemu Jordan, Bahrain dan Korea Selatan dalam peringkat Kumpulan E. – KOSMO! ONLINE
Ranking Harimau Malaya melonjak 15 anak tangga pada 2023
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Selepas Lim Kit Siang Dan Tan Kok Wai, Tony Pua Pula Serang Kerajaan Perpaduan
- Sejarawan Yahudi Akui Kini Israel Berada Di Permulaan Pengakhiran
- Jaga Jaga Tun M, 2023 Dah Nak Habis