Wanita terpendek di dunia sambut hari jadi ke-30

Wanita terpendek di dunia sambut hari jadi ke-30

Wanita terpendek di dunia sambut hari jadi ke-30
AMGE ketika berusia 18 tahun. FOTO GWR

New Delhi: Wanita terpendek dunia, Jyoti Amge menyambut ulang tahun ke-30, baru-baru ini.

Lebih manis, wanita kelahiran Nagpur, India itu, diraikan pasukan Rekod Dunia Guinness (GWR) yang mengunjunginya baru-baru ini.

Amge berkata, dia pernah diberikan kek hari jadi bersaiz dirinya.



“Sebuah kek hari jadi besar setinggi saya dihadiahkan kepada saya secara mengejut dari rakan Amerika saya,” katanya kepada GWR.

Menurutnya, hadiah ulang tahun kelahiran terbaik yang diterimanya ialah kejutan pada hari lahirnya yang ke-18 apabila pasukan GWR melawatnya di rumah bagi mengesahkan secara rasmi dia sebagai wanita terpendek dunia.

Menurut GWR, Amghe yang dilahirkan pada 6 Disember 1993, hanya berketinggian 62.8 sentimeter (sm).

Wanita terpendek di dunia sambut hari jadi ke-30
AMGE ketika sambutan ulang tahunnya yang ke-30. FOTO Instagram jyoti_amge

Sejak meraih pengiktirafan itu, dia mengembara ke pelbagai negara sebelum bertemu lelaki terpendek dunia, Chandra Bahadur Dangi di London pada 2012.



Pada ketinggian 54.6 sm, Dangi ialah orang dewasa pertama yang lebih pendek daripada Amge yang pernah dia temui, namun Dangi meninggal dunia pada 2015.

“Apabila saya bertemu dengan lelaki paling pendek di dunia dan mengenalinya, saya berasa sangat gembira.

“Saya rasa lebih berpuas hati kerana ada seseorang seperti saya juga,” katanya kepada GWR.

Pada 2018, Amge ke Mesir sebelum bertemu dengan lelaki tertinggi di dunia, Sultan Kosen dari Turkiye.



Pada ketinggian 251 sm, Kosen adalah empat kali lebih tinggi daripada Amge.

Kedua-duanya dijemput ke Mesir dari Lembaga Penggalakan Pelancongan Mesir untuk membantu meningkatkan pelancongan di negara itu.

Wanita terpendek di dunia sambut hari jadi ke-30

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Menara Ilham Tenang, Cuma Pemiliknya Tak Berapa Nak Tenang



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button