Neetanyahu Akhirnya Akui Perang Gaza Beri Kesan Buruk Pada Israel

Neetanyahu Akhirnya Akui Perang Gaza Beri Kesan Buruk Pada Israel

Neetanyahu Akhirnya Akui Perang Gaza Beri Kesan Buruk Pada Israel

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, akhir mengakui perang Gaza menuntut kesan yang dahsyat.

Ia berikutan apabila tentera yang terbunuh dalam pertempuran dengan HAMAS dilaporkan meningkat.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan, selepas Pasukan Pertahanan Israel (IDF) mengumumkan 14 tenteranya terbunuh di wilayah Palestin sejak Jumaat lalu.



“Ini adalah pagi yang sukar, selepas hari yang sangat sukar dalam pertempuran di Gaza”.

“Perang ini memberi kesan yang tinggi tetapi kami tidak mempunyai pilihan selain terus berjuang”.

“Kami meneruskan dengan kekuatan sepenuhnya sehingga menang dan mencapai semua matlamat kami”.

“Memusnahkan Hamas, membebaskan tebusan dan memastikan Gaza tidak lagi menjadi ancaman kepada Israel”.



“Kami sedang memperhebatkan perang di Semenanjung Gaza dan akan melakukan segala-galanya untuk melindungi nyawa tentera kami”.

“Kami tidak akan berhenti sehingga mencapai kemenangan,” dakwa beliau.

Sebelum ini, IDF mengumumkan, jumlah tentera yang terkorban adalah seramai 15 orang sejak Jumaat dan 154 orang sejak serangan darat Israel bermula pada 27 Oktober lalu.

Namun begitu menurut pemerhati pakar ketenteraan, jumlah sebenar kematian anggota IDF regim pengganas Zionis melebihi dari angka 1,000 orang.



Manakala jumlah pengganas Zionis yang cedera pula dianggarkan melebihi 5,000 orang di mana lebih 2,000 orang mengalami kecacatan kekal.

Pada hari Sabtu lepas sahaja, jumlah pengganas Zionis yang mati seramai 10 orang.

Selain dari kehilangan banyak nyawa di kalangan anggota pengganas, Zionis juga kini berhadapan dengan bantahan dari seluruh dunia.

Sokongan terhadap negara haram Israel semakin menipis dan hanya Amerika dan sekutu rapat mereka sahaja yang masih menyokong negara haram Israel.



Neetanyahu Akhirnya Akui Perang Gaza Beri Kesan Buruk Pada Israel

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button