RM50 juta untuk ‘beli’ Ahli Parlimen untuk selamatkan ‘tokey’?

Oleh – Bakhtiar Omar


RM50 juta untuk 'beli' Ahli Parlimen untuk selamatkan 'tokey'?

Spekulasi berkaitan langkah terdesak seorang individu menyediakan sogokan bernilai sehingga RM50 juta seorang bagi membeli sokongan Ahli Parlimen sudah tersebar.



Menurut sumber, langkah itu dilakukan untuk menyelamatkan ‘tokey’ tertentu.

Difahamkan semua ini berikutan siasatan yang dibuat oleh pihak SPRM-Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia baru-baru ini.

Siasatan tersebut melibatkan nama besar dalam politik dan dipercayai turut akan mengheret nama ahli politik lain yang selama ini berjaya mengelakkan sebarang siasatan dilakukan terhadapnya.

RM50 JUTA AKAN WUJUDKAN SEBUAH KERAJAAN BARU GANTI KERAJAAN SEKARANG

Dipercayai, sokongan tersebut akan membuat kerajaan sekarang ‘runtuh’ dan kerajaan baru ditubuhkan. Hanya selepas kerajaan baru ditubuhkan, barulah ‘tokey’ selamat dari sebarang tindakan undang-undang dan pendakwaan.



Sumber turut menyatakan, hanya blok kerajaan sahaja yang ditawarkan sejumlah RM50 juta seorang manakala di blok pihak lain tidak menerima apa-apa tawaran bagi mengekalkan sokongan kerana diyakini mereka akan kekal bersama.

Walaupun sebelum ini ada peralihan sokongan kepada kerajaan, dengan tawaran RM50 juta setiap orang, jumlah yang akan beralih lebih dari yang telah mengalih sokongan sebelum ini.

Sejauh mana kesahihan maklumat tidak dapat dipastikan namun segalanya ada kemungkinan.

Ramalan demi ramalan telah diwar-warkan menerusi media sosial oleh beberapa pempengaruh (Influencer) blok pembangkang bahawa kerajaan sekarang akan dijatuhkan pada hujung tahun 2023.



Ini menguatkan lagi spekulasi tawaran berjumlah RM50 juta memang wujud dan kini sudah diaktifkan menerusi rundingan sulit.

Kini, terpulang kepada 222 ahli parlimen untuk menentukan perjalanan politik, ekonomi, sahsiah serta kebajikan rakyat selepas mandat PRU15 diberikan.

Jika masih dengan cara ‘menebuk atap’ atau cara menawarkan sejumlah wang bagi mendapat sokongan, maka tidak lama lagi Malaysia akan senasib dengan negara-negara dunia ke-3.

 



 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button