‘Langkah Dubai’ usaha terakhir ‘Kartel Tun’ tukar kerajaan?

Oleh – Bakhtiar Omar


'Langkah Dubai' usaha terakhir 'Kartel Tun' tukar kerajaan?

Suhu politik negara kembali ‘panas’ dengan dakwaan usaha melaksanakan ‘Langkah Dubai’ yang dikatakan antara usaha terakhir ‘Kartel Tun’ untuk menukar kerajaan.



Kebanyakan penyokong blok bukan kerajaan ‘mengalu-alukan’ usaha tersebut yang akan menoktahkan tempoh pemerintahan PMX, Anwar Ibrahim.

Namun demikian, samada benar atau tidak wujudnya ‘Langkah Dubai’ belum dapat dipastikan kesahihannya, namun dari gosip-gosip politik, ada spekulasi mengenai usaha tersebut dibincangkan.

Satu hantaran di ‘X’ menerusi akaun Mak Cik Hijau turut mengulas berkaitan ‘Langkah Dubai’. Akaun tersebut turut menyelitkan bayangan dalang dalam Barisan Nasional yang bersekongkol dengan PN.

'Langkah Dubai' usaha terakhir 'Kartel Tun' tukar kerajaan?



Menariknya, Mak Cik Hijau turut mengaitkan ‘Atuk’ sebagai watak utama ‘Langkah Dubai’. 

‘Atuk’ itu dipercayai adalah individu sama yang mencabar SPRM untuk bertindak menyiasat sumber kewangan serta kekayaan semua individu yang bergelar ‘Tun’. Mungkin ‘Atuk’ terlupa, Ketua Hakim Negara sekarang juga bergelar ‘Tun’. Adakah beliau juga termasuk dalam senarai ‘Tun’?

Sebelum itu, ada seorang lagi bergelar ‘Tun’ disiasat oleh SPRM berkaitan sumber kewangan dan salah laku kuasa. Biarlah SPRM lakukan apa sahaja dalam bidang kuasa mereka dan tentukan samada tindakan seterusnya boleh dilakukan atau tidak.

Berbalik kepada usaha ‘Kartel Tun’ dalam ‘Langkah Dubai’, apa sebenarnya yang ditakuti jika tiada sebarang kesalahan dilakukan sepanjang ‘Kartel Tun’ berkuasa?



Benarkan siasatan dilakukan, malah jika perlu, desak kerajaan untuk tubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja bagi menyiasat semua dakwaan yang dikaitkan dengan ‘Kartel Tun’.

Ini akan memulihkan kembali imej mereka yang selama ini di pandang sinis sesetengah pihak. Mengapa perlu sampai mahu menukar kerajaan? Adakah sesuatu bersarang di bawah karpet selama ini?

DARI OGOS HINGGA HUJUNG DISEMBER, PENYOKONG KENA ‘TIPU’ KONON KERAJAAN AKAN BERTUKAR

 

Semua rakyat tahu, cerita pertukaran kerajaan sudah didendangkan sejak Ogos sehinggalah hari ini. Menang PRK Kemaman, dengan sorakan Dr Sam akan diangkat sebagai PMXI pula dijadikan modal bagi menipu para penyokong.



Benar, ekonomi negara tidak sebaik seperti sebelum 2018, namun proses untuk kembalikan ekonomi negara ke landasan bukanlah sesuatu yang mudah dilakukan.

Dengan politik negara yang tidak stabil serta ancaman pertukaran kerajaan yang dilakukan blok pembangkang, pelabur mana yang sanggup berdepan pertukaran dasar sesebuah kerajaan saban tahun?

Untuk mengembalikan keyakinan semua pihak, politik negara perlu sekurangnya 10 tahun untuk tempoh bertenang dan kerajaan mengusahakan langkah bagi memulihkan keadaan. 

Selepas kejatuhan Barisan Nasional pada 2018, politik serta ekonomi negara sukar untuk diramalkan dan ini akan memberi kesan terhadap keyakinan pihak luar terhadap Malaysia.



Adakah pihak pembangkang yakin mereka akan lebih mampu membina semula negara dalam tempoh 1 penggal? Atau ‘Kartel Tun’ akan menggunakan kuasa wang untuk mencipta naratif bahawa pembangkang jauh lebih baik untuk diangkat sebagai kerajaan berbanding yang ada sekarang?

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button