Cukup-Cukuplah Tu Pak Mael!!!

Cukup-Cukuplah Tu Pak Mael!!!

Cukup-Cukuplah Tu Pak Mael!!!

Berita mengenai Langkah Dubai masih terus hangat dibahaskan oleh rakyat Malaysia, terutamanya di kalangan netizen.

Walau pun secara realiti dan fakta, Langkah Dubai akan menjadi satu lagi langkah yang longlai sebagaimana langkah-langkah yang di catur sebelum ini.

Bagi premier Sarawak, Abang Johari Abang Openg (Abang Joe) secara jelas menolak sebarang usaha untuk mewujudkan ketidakstabilan politik negara.



“Apa hal pula nama saya turut dimasuk dalam Langkah Dubai itu (kononnya) nak jadi Perdana Menteri”.

“Adakah patut?”.

“Saya memang terkejut apabila mereka sebut itu”.

“Kita (GPS) sukat baju di badan sendiri”.



“Kalau sukatan seperti sekarang kita ikut sukatan itulah kerana GPS hanya ada 23 kerusi”.

“Nanti apabila kita naik (jadi Perdana Menteri) mereka tekan kita pula, sebab itu saya kata, kita bukan paloi,” katanya.

Mantan perdana menteri, Ismail Sabri, pula mengatakan pihak yang mengaitkan nama beliau dengan Langkah Dubai adalah fitnah.

Tetapi kenyataan penafian tidak dibuat oleh Ismail Sabri.



Ianya dibuat oleh pembantu khas beliau, Affifi Aris.

“Janganlah libatkan cerita karut mengenai bos saya dengan pelbagai teori dongeng”.

“Apa yang kalian janji, cuba laksanakan agar Kerajaan Perpaduan ini boleh diterima rakyat”.

“Kepada mereka yang bercita-cita mahu kembali ke Putrajaya, rezeki dalam politik tidak pernah salah alamat”.



“Tetapi, jangan memijak dan membunuh saudara kita demi cita-cita politik kalian,” jelas beliau.

Walau pun ianya dianggap sebagai kenyataan penafian Ismail Sabri terlibat dalam Langkah Dubai, namun ianya sangat umum.

Tidak ada penjelasan yang khusus dari Affifi bahawa Ismail Sabri tidak terlibat dengan Langkah Dubai.

Sejarah telah membuktikan telah beberapa kali Ismail Sabri sanggup menggigit tangan yang pernah menolong beliau.



Perjanjian rahsia beliau dengan Muhyiddin, mengetuai ahli parlimen Barisan Nasional supaya mengingkari keputusan parti adalah fakta yang tidak akan dilupakan.

Persoalannya, mengapakah Ismail Sabri tidak berani mengambil tindakan saman fitnah ke atas pihak yang beliau dakwa melakukan fitnah?

Cukup-Cukuplah Tu Pak Mael!!!

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 



Temui Kami:


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading