UMNO Dan DAP Mesti Bijak, Jangan Saling ‘Membunuh’

UMNO Dan DAP Mesti Bijak, Jangan Saling 'Membunuh'

UMNO Dan DAP Mesti Bijak, Jangan Saling ‘Membunuh’

Momokan DAP adalah parti cauvinis kaum, anti bangsa Melayu, anti Islam dan anti sistem monarki sudah berdekad ditanam oleh Dr Mahathir dalam minda orang Melayu.

Sebenarnya itu adalah strategi Dr Mahathir untuk mengekalkan sokongan orang Melayu terhadap UMNO ketika beliau menjadi presiden selama lebih dari 2 dekad.

Ketika itu Dr Mahathir sedar, tanpa sokongan orang Melayu, UMNO akan berkubur.



Dan sekiranya UMNO berkubur, maka Dr Mahathir juga akan kehilangan jawatan presiden dan perdana menteri.

Sesuatu yang beliau tidak ingin berlaku.

Secara teori dan praktikalnya, kekuatan UMNO adalah sokongan dari orang Melayu.

Manakala kekuatan DAP pula adalah sokongan dari orang bukan Melayu, terutamanya Cina.



Tanpa Melayu, UMNO akan hilang dan tanpa Cina, DAP akan lenyap.

Tetapi apabila UMNO menolak Dr Mahathir secara total, maka Dr Mahathir mendakap DAP dengan erat.

Hilang sudah gelaran cauvinis, rasis, anti Islam dan anti monarki.

UMNO Dan DAP Mesti Bijak, Jangan Saling ‘Membunuh’

Sangat malang, dalam kestabilan politik negara sekarang, api persengketaan antara UMNO dan DAP kini sudah mula menyala.



Penulis mahu pembaca renungkan seketika, mengapa hanya selepas pilihanraya di 6 negeri, pemimpin DAP bertali arus mengeluarkan kenyataan yang berkait sensiviti orang Melayu?

Isu perdana menteri bukan Melayu, isu pilihanraya PBT dan pelbagai isu yang lain.

Realitinya, DAP sedar, ini mereka mula hilang sokongan dari orang bukan Melayu, terutamanya orang Cina.

Di PRN Pulau Pinang, mereka kehilangan beberapa kerusi dan perkara yang sama berlaku di PRN Selangor.



Mengapa DAP kehilangan sokongan dari orang bukan Melayu?

Itu penulis serahkan kepada pemimpin DAP untuk mencari puncanya.

Tetapi, adakah dengan menjadikan UMNO sebagai punching bag akan mengembalikan sokongan masyarakat bukan Melayu kepada DAP?

Sudah tentu tidak.



Malah, ianya berisiko untuk menghakis sokongan orang Melayu kepada parti PKR dan PAN.

Dalam artikata lain, kembalinya sokongan masyarakat bukan Melayu kepada DAP tidak membawa arti sekiranya PKR dan PAN menjadi semakin lemah.

Dengan menjadikan UMNO sebagai punching bag, DAP sebenarnya bukan melemahkan UMNO.

Tetapi secara senyap mereka ‘membunuh’ PKR dan PAN yang juga mempunyai sokongan orang Melayu di dalamnya.



UMNO Jangan Cepat Melatah

Dalam menyaingi PAS untuk mendapatkan kembali sokongan orang Melayu, UMNO tidak perlu melatah dengan DAP.

Membidas kembali atau membuat ugutan menarik kembali sokongan sebagai tindakbalas dari sikap DAP hanya akan melemahkan UMNO.

Yang perlu UMNO fokus adalah mengenal pasti punca UMNO kehilangan sokongan orang Melayu.

Sebarang masalah dengan DAP boleh dibincangkan secara tertutup dalam Majlis Presiden Kerajaan Perpaduan.

Hentikan menyerang sesama sendiri kerana yang akan mendapat laba adalah PAS dan Perikatan Nasional.

UMNO Dan DAP Mesti Bijak, Jangan Saling ‘Membunuh’

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button