MAG perkukuh komitmen sempena TMM 2026

MAG perkukuh komitmen sempena TMM 2026

MAG perkukuh komitmen sempena TMM 2026
GAMBAR HIASAN

MALAYSIA Aviation Group (MAG) bertindak mengukuhkan lagi komitmennya dalam menyokong Tahun Melawat Malaysia 2026 selain menjadikan Kuala Lumpur sebagai hab untuk Asia dan kawasan sekitarnya.

Dalam kenyataannya hari ini, MAG berkata menerusi 248 penerbangan rangkaian domestik dan antarabangsa Malaysia Airlines dan Firefly yang berlepas dari Kuala Lumpur, Subang dan Pulau Pinang, juga membolehkannya memanfaatkan peranan sebagai syarikat penerbangan nasional bagi meletakkan Malaysia sebagai hab pelancongan dan penerbangan Asean yang sebenar.

Sehubungan itu, MAG menerusi kempen Jualan Khas Percutian Malaysia Airlines, kini menawarkan tambang sehala domestik serendah RM79 menerusi kelas ekonomi ke destinasi termasuk Alor Setar, Johor Bahru, Kuala Terengganu dan Kuantan manakala tambang kelas perniagaan bermula daripada RM408.



“Tawaran bagi tempoh perjalanan masa terdekat dan sehingga 30 Nov, 2024, turut meliputi tambang sehala bagi destinasi Asean iaitu ke Bangkok, Ho Chin Minh, Surabaya dan Bali bermula daripada RM219 bagi kelas ekonomi dan RM699 untuk kelas perniagaan.

“Kalangan pengembara juga boleh memanfaatkan tambang sehala ke London, salah satu destinasi antarabangsa paling popular bagi Malaysia Airlines pada harga serendah RM1,744 atau perjalanan tanpa visa ke China (untuk perjalanan sehingga 15 hari) pada harga daripada RM732,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sembang Kari Haji Hadi



MAG perkukuh komitmen sempena TMM 2026

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button