Air panas bertukar ais serta-merta

Air panas bertukar ais serta-merta

Air panas bertukar ais serta-merta
AKSI Untamo ketika menyimbah air panas ke udara. FOTO Reuters

Helsinki: Rekod suhu rendah di Finland, minggu lalu, memberi inspirasi kepada seorang pelancong untuk mencuba sesuatu yang sudah lama menarik minatnya.

Perkara yang mahu dicubanya itu adalah menyimbah air mendidih ke udara apabila cuaca sangat sejuk di luar dan melihat air itu bertukar menjadi awan debu berais serta-merta.

Ia bukanlah sesuatu untuk dicuba melainkan suhu di luar berada pada tahap sejuk yang jarang atau tidak pernah dilihat oleh kebanyakan tempat di bumi.



Lauri Untamo, seorang pengurus jualan berusia 49 tahun dari selatan Finland, sedang bercuti di wilayah Lapland, bersama rakan-rakan, apabila suhu turun kepada negatif 30 darjah Celsius pada Hari Tahun Baru.

“Saya pernah melihat video helah sama di media sosial atau YouTube yang boleh dilakukan. Tetapi tidak pernah tahu takat beku yang sesuai untuk mencubanya pada negatif 30 darjah Celsius atau lebih,” kata Untamo.

Katanya, dia memasak air di dalam kabinnya, dengan cepat membawanya ke luar dan melemparkannya ke udara.

Dia terselamat daripada percubaan itu dan tidak melecur, apabila air panas itu serta-merta bertukar menjadi ais.



Negara-negara di rantau Nordik sudah mengalami cuaca yang sangat sejuk sejak beberapa hari lalu, dengan merekodkan suhu terendah dalam 25 tahun pada negatif 44.3 darjah Celsius yang direkodkan pada 5 Januari di Enontekio, lebih jauh ke utara di kawasan Artik.

Walaupun cuaca berais, Untamo dan sekumpulan rakannya menikmati aktiviti luar seperti bermain ski dan berjalan-jalan di hutan bersalji.

“Kami juga melihat cahaya utara pada beberapa malam, jadi Lapland benar-benar memberikan yang terbaik kepada kami minggu ini,” katanya.

Air panas bertukar ais serta-merta

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kesian Sanusi, Ketandusan Perhatian Rupanya

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button