Antara sebab Mahathir dan Daim tidak mahu Anwar jadi PM?

Oleh – Adam Malik


Antara sebab Mahathir dan Daim tidak mahu Anwar jadi PM?

Satu waktu dulu Anwar adalah Timbalan Perdana Menteri dan juga Timbalan Presiden UMNO.



Jarak untuk Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri dan Presiden Umno hanya sejengkal sahaja. Namun, Mahathir dan Daim ada rencana lain pula.

Akhirnya Anwar tidak dapat menjadi Perdana Menteri kerana Mahathir dan Daim melihat Anwar sebagai individu yang tidak dapat dikawal jika menjadi Perdana Menteri.

“So near yet so very far” kata pepatah Inggeris. Bukan sahaja tidak dapat menjadi Perdana Menteri, bahkan didakwa meliwat pemandu nya sendiri.

Maka, Anwar pun berdendam dan kedua Tun tahu akan hal ini.



Kemarahan Anwar kepada kedua Tun antara sebab lain adalah perlantikan beliau menjadi Menteri Kewangan oleh Tun Mahathir dan Daim.

Anwar menyedari diri kena “game” setelah jadi Menteri Kewangan setelah kantung negara sudah kering dan terbeban dengan memberi laporan berkenaan kerugian FOREX di Parlimen.

Anwar terjerat apabila didapati laporan tidak benar oleh Parlimen dan boleh didakwa menipu Parlimen.

Dari situ dendamnya semakin membara.



Selain dari itu Anwar juga tidak berpuas hati dengan isu ‘bailout’ kepada Anak Mahathir Mirzan dalam isu Konsortium Perkapalan .

Anwar juga beberapa kali tidak senang dengan bank bank Daim di Afrika dan mengesyaki ia hasil wang curi. Daim tahu akan hal ini .

Maka ini lah antara sebab sebab nya perang tiga individu ini berlarutan.

Apa yang dikatakan oleh pepatah Inggeris ” the straw that broke the camel back ” adalah penipuan Mahathir terhadap janji untuk menjadi Perdana Menteri cuma dua tahun sahaja.



Mahathir telah menipu dan mungkir janji untuk menyerah jawatan PM kepada “Presidential Council” Pakatan Harapan dan sebaliknya serah jawatan itu kepada Istana tanpa merujuk Presidential Council.

Maka ini lah penipuan Mahahir yang Anwar sukar terima dan mengakibatkan dendam luar biasa.

Dua kali Anwar kena “kencing” dengan Mahathir.

NAJIB RAZAK DI SABOTAJ MAHATHIR DAN DAIM?

Hatta, jika Mahathir dan Daim diseret ke Mahkamah pada hari ini pun ia sepatutnya kerana sudah lama kedua Tun ini membuat onar dalam negara tanpa dapat dihalang.



Kedua mereka sentiasa mengganggu urusan negara seperti pembatalan mega projek seperti ECRL, HSR dan lain-lain.

Najib Razak membuat kerja yang elok pun cuba disabotaj oleh kedua mereka ini seperti apabila Najib mahu apungkan saham 1MDB (IPO) tetapi ada pihak menguggut pihak bank jangan beri kerjasama.

Maka, gagallah 1MDB untuk senaraikan saham mereka di BSKL.

Mungkin sudah tiba masanya kedua Tun ini diseret ke mahkamah supaya tidak lagi menjadi “nuisance” kepada kemajuan negara.



Pelabur amat takut untuk melabur skala mega kerana pengaruh ‘Capital Cronyism’ yang diamal oleh Tun Mahathir.

Hatta billion nilai saham dicampak oleh pelabur pada hari pertama Mahathir jadi Perdana Menteri kali kedua pada peristiwa yang dinamakan “Mahathir slump”.

Antara sebab Mahathir dan Daim tidak mahu Anwar jadi PM?

Mungkin artikel ini sedikit sebanyak menjelaskan apa sebenar terjadi terhadap tiga individu ini dalam bentuk ringkas.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button