BERSATU tinggalkan PAS atau PAS tinggalkan BERSATU?

Oleh – Bakhtiar Omar


BERSATU tinggalkan PAS atau PAS tinggalkan BERSATU?

Spekulasi berkenaan konflik dalam Perikatan Nasional seakan sudah tidak dapat disorokkan lagi. Samada BERSATU tinggalkan PAS atau PAS tinggalkan BERSATU masih jadi tandatanya kepada semua pemerhati politik.



Dikatakan segalanya disebabkan kegagalan ‘Langkah Dubai’ untuk menukar kerajaan sebelum akhir Disember 2023.

Semua pihak yang dikaitkan dengan ‘Langkah Dubai’ mula menafikan pembabitan mereka dan segala alasan diberikan disertakan foto-foto bagi menyokong penafian yang dibuat.

Langkah Dubai sebenarnya perancangan Langkah Seribu?

Namun demikian, dipercayai suasana dalam Perikatan Nasional agak berbeza. Mereka dikatakan mulai menyalahkan satu sama lain kerana ada yang ‘membocorkan’ maklumat kepada pihak lawan.



Dengan menyenaraikan beberapa nama sebagai Perdana Menteri sekiranya ‘Langkah Dubai’ berjaya dilaksanakan, BERSATU merasakan mereka sepatutnya diberikan penghormatan untuk jawatan tersebut.

Tetapi, ada pula protes dari PAS yang mahu Dr Samsuri diberikan keutamaan dilantik sebagai PM berdasarkan rekod bersih PAS dan kedudukan mereka di Parlimen serta DUN.

Oleh kerana pertentangan pendapat, ada kalangan pemimpin PAS dan BERSATU bertindak mengagalkan ‘Langkah Dubai’.

Kegagalan ‘Kartel Tun’ di belakang KUDETA ‘Dubai’



PAS MAHU BUKTIKAN MEREKA BUKAN ‘PENUMPANG’ DALAM PERIKATAN NASIONAL

BERSATU masih meletakkan harapan atas kewibawaan Muhyiddin Yassin yang berpengalaman menjadi PM, manakala PAS pula mahu kehadiran mereka dalam Perikatan Nasional tidak sekadar menjadi ‘penumpang’.

Biarpun ada terselit nama seorang ahli Parlimen BN, beliau tidak begitu mendapat perhatian berbanding dua nama lagi. Apatah lagi ada laporan media menyatakan ahli Parlimen BN itu akan disiasat berkaitan skandal pertukaran tanah. Spekulasi lain ada juga mengaitkan dengan pembelian helikopter namun tidak ada laporan rasmi dari agensi siasatan terbabit.

PAS, BERSATU TERUS BERKOCAK WALAU NAMPAK ‘TENANG’?

Melihat kejayaan PAS dalam PRU15 dan PRN 2023, tidak mustahil parti itu telah mengatasi populariti BERSATU dalam Perikatan Nasional.

Mungkin ini menjadi antara sebab mengapa PAS mahu BERSATU memberi pertimbangan saksama untuk PAS kehadapan dan seterusnya menerajui Perikatan Nasional.



Perlu diingatkan, Presiden BERSATU akan berdepan dengan pelbagai dakwaan di Mahkamah dan PAS pula mahu imej bersih dari dakwaan Mahkamah.

Malah, gelaran ‘Kluster Mahkamah’ juga menjadi taboo kepada PAS kerana mereka mahu sebuah kerajaan yang mempraktikkan Islam sebagai dasar utama negara sekiranya ‘Langkah Dubai’ berjaya diterjemahkan menerusi SD (Akaun Bersumpah).

PAS Mula Khianati Mahathir

PAS AKAN TERUS BERTAHAN SEHINGGA PRU16 ATAU BERGERAK SOLO?

Kini, timbul persoalan, adakah PAS akan mengambil langkah proaktif menjauhkan diri dari BERSATU bagi menjaga imej Islamik mereka atau terus ‘bergelumang’ dengan ‘kemunafikan’ BERSATU?



Jika ‘Langkah Dubai’ telah mengajar erti politik kepada PAS, mereka sewajarnya memilih untuk bergerak solo dan percaya kepada kapasiti serta kemampuan jentera PAS sendiri.

Ternyata PAS berjaya membuktikan kemampuan mereka dengan 4 negeri diterajui PAS sebagai Kerajaan Negeri. BERSATU pula sekadar menumpang kehebatan PAS dalam memenangi jiwa pengundi.

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button