Kesian Sanusi, Ketandusan Perhatian Rupanya

Kesian Sanusi, Ketandusan Perhatian Rupanya

Kesian Sanusi, Ketandusan Perhatian Rupanya

Sebagaimana yang penulis tuliskan dalam beberapa artikel sebelum ini, Sanusi merupakan satu-satunya politikus yang menggembar-gemburkan kisah Langkai Dubai.

Walau pun satu Malaysia tahu, Langkah Dubai sudah gagal, tetapi Sanusi tetap gigih memanaskan cerita yang sudah suam-suam kuku.

Pelbagai cerita cuba dibawa oleh Sanusi, tetapi tidak ada satu fakta pun yang dapat beliau kemukakan sebagai hujah.



Akhirnya, majoriti rakyat sudah beranggapan Langkah Dubai hanyalah satu lagi langkah yang gagal oleh Perikatan Nasional.

Paling menyedihkan Sanusi, apabila perdana menteri sendiri tidak memberikan respon yang beliau harapkan.

Ketika ditanya oleh pihak wartawan mengenai Langkah Dubai, perdana menteri sekadar berkata beliau tidak ada masa melayan isu sebegitu.

Beliau lebih menumpukan perhatian kepada tugas dan tanggungjawab beliau untuk membantu dan membangunkan rakyat dan negara.



Dalam masa yang sama, kini timbul satu lagi isu, Ketua Pengarah Eksekutif Persatuan Bolasepak Kedah, Zulkifli Che Haron, didakwa atas kesalahan jenayah rasuah.

Zulkifli didakwa terlibat dalam jenayah rasuah yang melibatkan dana sebanyak RM6 juta.

Serta merta Sanusi mengeluarkan kenyataan kononnya yang menjadi sasaran adalah diri beliau sendiri.

Agak pelik kenyataan Sanusi.



Adakah Sanusi beranggapan bahawa pihak berkuasa tidak berani mengusik beliau?

Kalau benar itu anggapan Sanusi, mengapa pula beliau akan mula menghadapi kes mahkamah beliau pada 18 Januari ini?

Untuk rekod, sepanjang pentadbiran Sanusi di Kedah, beberapa pegawai kanan kerajaan negeri sudah didakwa di mahkamah.

Kesemua mereka didakwa atas tuduhan jenayah rasuah dan salah guna kuasa.



Dan Zulkifli adalah pegawai kanan kerajaan negeri yang ketiga didakwa di mahkamah atas tuduhan jenayah rasuah.

Tahniah rakyat Kedah kerana mengekalkan kerajaan Melayu Isley PAS yang ‘bersih dari rasuah’.

Kesian Sanusi, Ketandusan Perhatian Rupanya

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 



Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button