Fathia buat hal lagi

 

Oleh : Pena Merah

 

Fathia buat hal lagi
Fathia memuat naik gambar bersama Aiman yang didakwa dirakam sekitar 2014, selain keratan akhbar luahan hati aktor itu selepas putus cinta dengannya. – Foto IG Fathia Latiff

 



KUALA LUMPUR: Pelakon Fathia Latiff terus mencuri perhatian apabila mendakwa bekas kekasihnya yang kini sudah berkahwin dengan pelakon, Zahirah MacWilson iaitu Aiman Hakim Ridza masih menyimpan cinta terhadapnya.

Menerusi hantaran terbaharu dalam Instagram (IG), Fathia memuat naik gambarnya bersama Aiman yang didakwa dirakam sekitar 2014 dengan keterangan gambar boleh mengundang kontroversi dan kecaman.

“Saya tahu anda masih cintakan saya,” tulisnya.

Tidak lama selepas itu, Fathia memuat pula keratan akhbar mengenai luahan hati Aiman selepas putus cinta dengannya.



“Maaf ya bik!” (difahamkan merujuk kepada Zahirah seperti mana panggilannya ketika sesi siaran langsung awal minggu ini).

Namun, ruangan komen untuk kedua-dua hantaran itu ditutup.

Fathia buat hal lagi
Fathia mengutuk rupa paras Zahirah seperti bibik atau pembantu rumah.

Terdahulu, nama Fathia menjadi bualan ramai selepas mengutuk rupa paras Zahirah seperti bibik atau pembantu rumah.

Fathia berkata, dia lebih cantik dan bagus berbanding Zahirah kerana pernah memenangi Pelakon Filem Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) pada 2016.



Selepas Zahirah, Fathia yang kini bekerja sebagai kerani di sebuah pusat guaman bergaduh dengan bekas kawan baiknya, Zarina Anjoulie.

Lebih panas lagi apabila masing-masing mengeluarkan kenyataan memburukkan satu sama lain.

Sementara itu, semakan Harian Metro dalam media sosial Aiman dan Zahirah mendapati pasangan selebriti itu tidak ambil peduli mengenai apa yang dimuat naik Fathia setakat ini.

Malah, mereka memuat naik gambar yang memperlihatkan kebahagiaan bersama anak, Isaac Raees, 2.



Aiman dan Zahirah mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020. Mereka bakal menimang cahaya mata kedua selepas memaklumkan berita gembira dalam IG pada pertengahan Disember lalu.

Sebelum ini, Aiman dan Fathia pernah menjalin hubungan cinta selama dua tahun, namun berpisah pada 2015.

Sumber – Berita Harian



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button